Check up Dani Setahun


muka ngantuk.

Muhammad Dani Emir berumur satu tahun pada 11 Mac yang lalu. Dan aku tak sempat nak buat review check up dia. Baru hari ini berkesempatan.

Ada cerita di sebaliknya. Sudah maklum, sebelum ni check up monthly Dani kat KD Desa Putra, Sg. Merab. Masa aku pregnent kan Dani dulu pun situlah aku dok ulang setiap bulan. Sebab rumahku syurgaku di Desa Pinggiran Putra. Tapi sekarang sudah berubah. Aku sudah menjadi warga Putrajaya, Presint 11. :) Jadi, seharusnya tempat untuk check up akan berubah jua.

Tarikh akhir check up Dani yang lalu adalah 27 Januari 2011. Boleh tak aku lupa nak review check up tu kat sini. Huwaaa.. Patutla carik2 entry tu takde.. adoii..

Tarikh untuk check up Dani setahun adalah pada 24 Mac 2011. Tapi disebabkan Dani tinggal bersama neneknya di kampung, maka transfer sajala kat Klinik Desa Pulau Besar, Kg. Gajah.  ( untuk pengetahuan kat Klinik Desa, Desa Putra, checkup untuk baby dan kanak-kanak adalah pada hari Khamis). Aku ingatkan sama la harinya kat semua Klinik Desa satu Malaysia ni, rupanya tak sama. Kat KD Pulau Besar tu checkup untuk baby dan kanak-kanak adalah pada hari Rabu. Huhu.. dah terlepas ibu cakap..:(

Takpelah, alang-alang Dani akan datang sini (mase tu) untuk appointment ENT. Maka aku cadang nak sekali kan je checkup dan jabs untuk setahun. Aku call kat KK Presint 9 tu untuk tanya 'Boleh tak Dani checkup dan cucuk kat sini?' Atas alasan-alasan tertentu lah kan. Kita bukannya saja-saja nak checkup sana sini. Alhamdulillah, nurse kata, datang je hari Isnin hingga Khamis. Walk In saja sebab aku lupa no MyKid Dani. =p

Maka nya, aku pun bawaklah Dani pegi checkup hari Rabu tu. Habis aku angkut semua. Ibu, Ijai dan KakYang ajelah. Hehehe..

Result untuk Checkup Dani Setahun :

Berat : 8 kg ( before : 7.6kg) Alhamdulillah syukur Ya Allah, walaupun naik sikit je tapi badan dia dah tak kurus hingga nampak tulang temulang lagi..:)

Tinggi : 71cm ( before : 75cm) Yang ni aku confuse, hurmmm.. macam mana Dani leh jadi pendek ni..=p Dah balik rumah baru aku perasan yang tinggi dia turun. Bukan menaik..:

Pastu, Dani kena cucuk. Kuat betul tenaga dia meronta-ronta masa kena cucuk tu. Belajar dari kesilapan yang dulu mase 5 bulan, aku peluk je dia kuat-kuat. Tak kira! Mase umur dia 5 bulan, akibat dia meronta-ronta, habis ubat tak masuk. Jarum pun hampir patah dibuatnya.

Nurse kata, cucuk setahun ni, kemungkinan akan demam sikit seminggu lepas tu. tapi Dani, beberapa jam lepas cucuk tu, dah dedar dedar badan dia. Terus aku bagi ubat demam tu. Alhamdulillah, tiada dedar dedar lagi. Tapi ni belum lagi genap seminggu dia kena cucuk. Esok baru genap seminggu. Harap-harap takde apa-apa. Call ibu semalam, Dani ok je.

ok jum kita tengok perkembangan setahun :

1) Bila kita sebut pandai kat dia je, konfem dia akan tepuk tangan.. Hahaha.. Bila sebut tepuk tangan, dia blur..=p

2) Pandai protes woo ini budak aa.. kalau tak nak tu, geleng kepala sesaje!

3) Dulu kita yang main auww cak ngan dia, sekarang dia pulak yang main auww cak ngan kita. tangan dua belah tutup muka, pastu intai kita kat celah-celah jari..hahaha.. lawak ok dani..

4) Pantang nampak makanan atau tupperware atas meja. Dia akan cakap mamam mamam mamam. Itu tandanya dia nak makanan tu.

5) Penggemar biskut lemak Hup Seng. Biskut tiger, gigit sikit je pastu terus campak. Haddoii.. Kalau biskut lemak tu, berkeping-keping dia boleh habiskan ok.

6) Ada sekumpulan burung merpati tengah berkumpul, aku cakp kat Dani. 'Bird...tu bird, Dani' Mata terus pandang atas.. Huhu.. Wrong lesson. Asal bird je mesti kat atas ye Dani. =p

7) Penakut nak jalan. Tapi bila kita yang pimpin tangan dia, tu diaaaaaaaa, kaki ligat ya amat berjalan ke hulu hilir. Suka berjalan tapi penakut. Ape cer?

8) Kalau minum susu atau air masak, tak nak dah baring. Ikut dan dia la nak baring kat mana. kadang-kadang sambil duduk tulah dia minum. kadang-kadang atas lantai kat dapur pun jadi..

9) Bila malam kuat betul dia menyusu. Sambil menyusu mata nye pejam. Bila kita tarik botol susu tu, ngamukla dia.

10) Cukuplah berkenan dengan lagu-lagu patriotik. Asal dengar kat tv je, akan bergoyang-goyangla badan dia ikut irama..Haha..

11) terbaru : penggemar kartub BoboiBoy.. Wahhhhh... Ika kata, Dani kusyu' betul bila tgk citer kartun tu..:)

*
*
Hampir 5 minggu Dani tinggal kat kampung ngan nenek, aki dan maksu, banyak betul perkembangan dia. Aku tak sangka langsung yang Dani sudah pandai itu pandai ini..:) Oh ye, lupa pulak, gigi sudah banyak Gigi geraham atas bawah dah tumbuh. gigi atas 6 batang, gigi bawah 5 batang. Jumlah semua 11 batang. Sudah semakin susah aku nak cuci lidah dia. Sakit woo dia gigit.


sikit lagi nak terkatup dah.

sikit lagi je..=p

Akhirnya, tertido jua di pangkuan nenek. Dah tdo, baru kita boleh tarik botol susunya itu..:)

Gigi bawah : 5 batang. yang tengah tu nak tumbuh lagi satu dan geraham kiri dan kanan juga sudah keluar.


selonggok je pipi dia kalau tdo. :)

Sekian dulu untuk review check up Dani Setahun..:)


8 comments:

::( ';')جو أمير(';' ):: said...

kan ana.. jue pun perasan bab tinggi tu menurun.. Alif mase 10 bulan aritu tingginya 80cm .. pastu setahun jd 78cm.. pastu mase demam aritu.. g paed.. ukur2 83cm lak.. tak paham camane diorang ukur..kan..takkan lah anak kite makin memendek kan..??

afni+hafiz=dani said...

berat abg dani sama la dgn adik dani 8kg..hehe..tapi adik dani baru 8 bulan..penat mak dia nk dukung

atty's said...

kejap je dani dah besar..

kty dulu 2-3 hari sebelum pergi inject mmg dah siap2 kasi ubat demam..alhamdulillah tak demam..

♥ QaseH ♥ said...

wahhhh dani da montel,,,geram tgok pp dyer

Fadilah R. said...

imaan tak lame lg setahun gak. hehehe. suke lagu patriotik dani? bakal jadi pengarah lah tu. keje gomen jugak. hahahaa.

MaR said...

mmg slalu camtu tau...berat tu logik gak klu turun kan...ni tinggi trun tu yang musykil..heheh...

ana...mar ade tag ana utk join contest

m@Ri@ said...

wah ada gigi..

Ann said...

heheh ada pulak tang ketinggian menurun eh?. agaknya sbb baby gerak2 ms kena ukur tak?.


Welcome to Pjaya. lepas ni nampaknya boleh dating selalu.

btw Dani nampak chubby sket dr sebelum ini. :)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...