Monday, March 14, 2011

Sakitnya sakit gigi

Petang semalam. Tengah menahan sakit.

Ntah di mana silapnya. Hari Sabtu masa aku pergi wedding anak opismate aku kat Dewan Melati, Presint 3, Putrajaya elok je aku makan. Banyak pulak tu. Sebab lauk nya sangat sedap. Ayam panggang u, bukan senang nak carik kat kenduri kawen kan..Hehe..

Balik dari kenduri tu, mula-mula ok je.. Masuk kul 5 lebih tu, sakit gigi mula menyerang. Sakit sangat. Rasa macam apa ye? Alah korang mesti dah pernah rasa kan sakit gigi macam mana. Nak bercakap pun malas. sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak penampor je kat muka orang tu. Haihhh..Semua kerja serba tak kena. Nasib baik bukan hari kerja sakitnya. So, ada masa la aku nak rehat-rehat sambil layan sakit gigi ni.

Doktor cakap kan, mase gigi tu tengah sakit, tak boleh cabut tau. Bahaya! Sebelum ni pun, aku pernah jugak cabut gigi geraham belah kiri. First time datang, memang aku tengah sakit gigi yang menggila. Masuk jumpa doctor, dia bagi ubat antibiotic dan ubat tahan sakit untuk redakan sakit gigi. Then, doctor bagi appointment seminggu lepas tu untuk cabut gigi tu.. Yang ni scary..wuwuwu..

Nampak je sakit gigi ni sakit yang tak berapa nak bahaya. Tapi sakitnya, aku umpamakan lagi sakit daripada sakit bersalin tau tak..huk huk. sakit gigi ni jugak boleh bawa MAUT! Ramai yang ambil mudah bila sakit gigi ni. Telan painkiller lah, dan macam-macam ubat bagi nak ilangkan sakit. Lama-lama sakit tu pun hilang. Memanglah hilang tapi kesan pada sakit gigi tu tetap aktif pada urat saraf. Boleh membahayakan tulang rahang, otak, mata, jantung, paru-paru dan macam-macam lagilah sebab bila dah effect kat urat saraf (badan kita ni kan banyak urat saraf), so, kesan daripada sakit gigi tu boleh merebak ke tempat-tempat lain.

Orang cakap, mencegah lebih baik dari merawat. Ni ada petua aku jumpa kat google.

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


*
*

Petua mencegah sakit gigi:
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.

3 comments:

mamaelly said...

ana tau tak...elly pun kene skt gigi malam tadi..hihi jangkit...nasib baik ada ponstan

mamamarissa said...

ana, jgn biarkan gigi tue...cabut cpt @ terus sakit...hehehe!!! get well soon dear :)

Zana Adieyza said...

zana pernah jugak sakit gigi yg terlalu sakit.. tp lepas jumpa doktor n tampal, Alhamdulillah ok.. sekarang ni takut sangat kalau gigi sakit balik.. sbb ngeri kalau ingat balik sakit gigi tu..