Dani 1 tahun
Dani sayang,
Hari ni umur Dani dah cukup 1 tahun tau. Mama bersyukur sangat-sangat anak mama ni membesar dengan sihat dan bijak. Walaupun bermacam-macam dugaan mama dan papa terpaksa hadapi semasa membesarkan Dani. Hari ini, ketika ini, detik ini..maafkan mama ngan papa ye sayang. Mama ngan papa tiada di sisimu untuk meraikan hari yang cukup bersejarah buat Dani. Nenek ngan Aki yang menemani Dani hari ini.
Masih terbayang-bayang lagi, sewaktu mama ditolak ke dalam labour room bersama beberapa lagi bakal ibu. Tepat jam 10.30 malam 10 Mac 2010. Nurse yang tolak mama atas wheelchair tu. Sebab dah tak berdaya untuk jalan lagi. Kesakitan untuk melahirkan sedang menguasai. Tidak mampu untuk berfikir apa-apa selain berdoa semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Tapi berlaku jua. Mama terpaksa diambil darah sekali lagi untuk apa, itu mama tak tau. Dalam keadaan yang sangat sakit itu..tangan mama dicucuk.
Sampai labour room, mama nampak kelibat papa dari jauh. Papa tengah sign surat kebenaran untuk menemani isteri di labour room. Mama simpan lagi surat tu. Nurse suruh mama tukar baju. Dari kaler pink ke baju warna putih. Tanpa pakaian dalam. Hanya baju putih itu separas lutut. Mama baring atas katil. Papa datang sebelah mama bawak air selusuh sekali. Dalam hati, mama tak nak minum air tu. Mama takut. Sebab nenek pernah kata kat mama, masa nenek lahirkan kelima-lima anak dia, dia tak minum air selusuh pun. Elok je 5 orang anak dia keluar normal..:)
Sakit mula menyerang. Diseluk-seluk kat bawah tu. Nurse check baru 5cm. Tapi mama sangat tak tahan. Nak teran sangatt..sakit.. Nurse bagi mama nebulizer untuk kurangkan sakit. Mama sempat tanya nurse tu, ada epidural tak? Hihi. Sungguh lemah mamamu ini untuk tahan sakit. Tapi nurse tu cakap, nanti, kita tengok dulu contraction baby. Oh ye lupa pulak, mase mama baring tu, nurse dah pasang mesin CTG untuk memantau jantung baby. Bila mama minta epidural, nurse cakap, contraction jantung baby tak cantik la puan. Saya tak boleh nak bagi ubat tahan sakit ni. Huhu.. Tahan ajelah nampaknya. Tapi bila hidu gas tu membuatkan mama mengantuk. Sangat! Tertido lah kejap bila sakit berkurangan.Tapi bila sakit menyerang, terus tersedar balik. Macam tulah keadaannya selama hampai satu jam.
Kemuncaknya, bila doctor check jalan dah bukak 8 cm. Dan mama terpaksa menjerit kecil bagitau yang mama tak tahan dah. Mama nak teran. Mama rasa macam Dani dah terkeluar masa tu. First mama teran, mama terkeluarkan najis. Hahaha. Kelakar. Sempat lagi mama minta maaf kat nurse tu, saya minta maaf nurse. Tak sengaja terber**. Nurse tu cakap, takpe puan. dah biasa.. Mama senyum. Dan kembali nak meneran. Dani nak keluar dah. Dah 10cm. Doctor n nurse prepare untuk deliver baby. Kaki mama diikat pada besi apa ntah. Papa ada kat sebelah mama. Pegang bahu mama. Tangan mama tak berdaya nak pegang tangan papa. Tangan mama pegang besi katil. Nurse yang suruh.
Masa tengah sakit tu, ada sorang nurse tu sempat ajar mama untuk kiraan push. Satu nafas 10 kiraan. First teran, kali kedua teran, mama dengar doctor panggil papa cakap "Encik, tengok ni, kepala baby awak". Papa angguk je. Tak senyum pun. Papa la yang cerita. Nampak rambut Dani dah. Kali ketiga teran, papa kata, nurse tu gunting sikit daging kat bawah tu untuk keluarkan bahu. Dan kali keempat, mama terstop teran sebab dah penat. tapi bila doctor cakap, "Puan, ni last teran. Kita keluarkan semuanya. Dengan satu nafas kiraan 10, mama teran. Terkeluarlah Dani. Terus doctor letak Dani atas badan mama. Pelik. Mama tak menangis pun. Gembira sangat sampai tak terkeluar airmata. Papa pun tengok Dani atas badan mama. Sementara doctor dan nurse keluarkan uri dan potong tali pusat. Kemudian Dani diangkat untuk dibersihkan. Papa pun diarahkan keluar. Mama dijahit. Dani dah siap dibersihkan dan diletakkan dalam katil baby. Mama pandang Dani dengan linangan airmata. Baru keluar air mata. Hehe..sementara doctor sedang men'jahit' mama..
Pengalaman yang tidak ternilai. Sungguh indah. Pengalaman yang tidak akan sama jika berulang kembali. Mama bersyukur kerana senang melahirkanmu. Tak sampai pun 2 jam bertarung nyawa melahirkanmu.
pukul 10.00 malam air ketuban dipecahkan.
pukul 10.30 malam ditolak ke labour room.
pukul 12.58 pagi lahirlah Dani.
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku kurniaan ini. Pengalaman yang cukup menginsafkan aku. Semoga Dani membesar dengan sihat, bijak dan pandai. Semoga Dani menjadi anak yang soleh. Di hari lahirmu ini, mama dan papa tiada apa-apa yang dapat diberikan kecuali berdoa supaya Dani sihat-sihat di samping Nenek dan Aki. Jangan sesekali susahkan nenek dan aki.
Cukup sampai sini Dani. Mama dah tak mampu lagi nak meneruskan kerana airmata mama dah laju mengalir. Mama dan papa sayang sangat kat Dani. Babai Dani..
** gambar terbaru takde. Gambar kat atas ni mase umur dia 11 bulan 2 minggu..kat Karnival Wow Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
15 comments:
semoga dani semakin kuat & sehat kat sane,
selamat hari ulangtahun kelahiran yg pertama dani :)
hepi besday Dani..
semoga mbesar dgn sihat dan mjadi anak yg soleh yer sayang.. :)
hepi besday Dani..
semoga mbesar dgn sihat dan mjadi anak yg soleh yer sayang.. :)
Selamat hari jadi dani sayang..
semoga dani sihat selalu ye..jadik budak yg cerdik..hormat ibu bapa dan berjaya dunia dan akhirat.amin
kejap je dani dah setahun..mcm baby je rasanya lagi
Dani, Happy 1st Bday sayang. semoga Dani cepat2 sihat n kembali dengan mama + papa ya.
*sorry anT tak bg hadiah ms jumpa mama Dani hr tu sbb x taw pun Bday Dani. next time eh sayang, ;)
epy bufday dani =)
akak kuat eh!nanti ptg balik la kg jenguk dani..bawak kek tuk die..pastu nanti simpan skit tuk bawak lek putrajaya bg saye skit..huhu =)
happy birthday dani :)
tahniah kak ana :)
happy birthday dani! mak yg syg dani.
epy bufday Dani...~!! hope sihat slalu... n jd anak yg soleh k..
selamat hari lahir dani sayang.
awak da setahun. sekejap je masa berlalu =)
auntie sayangg dani.
bile nk jmpa ni. hihihi
selamat hari lahir dani..
semoga sihat2 sentiasa dan menjadi anak yg soleh..Insya'Allah..
happy bday dani syg...x saba nk rs moment cm ko weh..
terlewat sudah...
hepi belated besday dani!
moga dani diberi kesihatan yg berpanjangan,jd anak yg soleh,berjaya n bhgia dunia akhrt ye...
happy birthday dani.. auntie zana wish kat fb on time tp dlm blog terlewat cikit.. sorry yer..
kak, zana lak yg nangis baca cerita akk ni.. zana berdoa agar zana akan rasa pengalaman melahirkan zuriat sendiri nanti..
hepy belated birtday Dani.. Moga jadi anak yang soleh..sihat sihat selalu
Dah lama takder entry pasal Dani ..
Post a Comment