Tuesday, February 15, 2011

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul semua..

Dah dah..kita lupakan dulu cerita Splash Park kite.. Bagi laluan kat Hari Kebesaran Nabi Muhammad SAW..

Jam menunjukkan tepat 12.12 tengah malam ketika aku menulis entry ini. Dari luar sayup sayup kedengaran selawat ke atas Nabi junjungan kita. Pastu sayup sayup dengar suara orang memberi ceramah. Bagus nye lah kan.. Aku tak tau surau or masjid kat mana yang buat majlis tu...

Hari ni cuti. Korang pegi mane? Ade sambutan tak kat tempat korang? Kat tempat aku ni, takde pulak dengar cerita..:)

Yang pasti, hajat di hati nak tengok atuk esok kat umah Makcik aku (Ucu) kat Port Klang. Tapi Ucu mesej tadi bagitau yang atuk dah balik semalam.. alahaii.. tak dapat nak bawak Dani jumpa moyang dia..:(

Sebagai penutup, Selamat Menyambut Maulidur Rasul..:) Semoga kita semua akan mendapat rahmat daripadaNya..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments: