Monday, February 7, 2011

Perkembangan Dani : Dani dah tumbuh gigi

Awal-awal aku cakap ye, setiap anak-anak kita lain-lain perkembangan dan pertumbuhannya.

Secara jujur, aku tak ingat dah bila gigi pertama Dani keluar. Aku rasa lepas je yang kes dia demam yang menangis-nangis tengah malam sampai semua orang nangis jugak tulah gigi dia keluar sebatang. Sebabnya, mase aku nak suap dia makan, aku terasa keras je macam gigi kat bahagian atas. Umur dia berapa ye mase tu...? Haaa.. Penghujung umur dia 9 bulan dan beberapa hari lagi nak masuk 10 bulan. Tu yang beria dia demam tu..

Erk, anak orang lain umur 5-6 bulan kot dah tumbuh gigi. Hehe..Dani lambat sikit.


Mula-mula sebatang. Pastu seminggu lepas tu rasanya, keluar lagi sebatang. Sebelah atas jugak. Gigi arnab kan orang kata. Pastu aku tak ingat bila, nampak putih2 kat bahagian bawah pulak. Bila aku rasa, gigi bawah dah tumbuh! 2 batang. Total 4 batang. Dan sebelum raya cina ari tu, pengasuh dia cakap, Dani dah tu tumbuh 2 batang lagi kat atas. baru nak keluar. Gigi taring kiri dan kanan. Jumlah semua 6 batang dalam progress nak keluar. Tapi aku tengok, kat bahagian atas tu, banyak dah bonjol2 macam nak keluar gigi geraham. Huhu. Janganla demam lagi ye nak!


panjang nye bulu mata ko Dani! Mama pun pendek je tau!

Puas dia menjelajah rumah atuk nenek Pahang dia. Mentang-mentang mozek baru ye Dani. Letak je, laju je ko merayap ye.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

6 comments:

Noraini Aznan said...

nmpk gaye kt ats tu bnyk kak yana....

NURUL said...

bg grape water ana utk legakan kesakitan pertumbuhan gigi

S.A.L.J.U said...

tgk dani dh de gigi.

qaish pun dedau dedau skg..tgk upenye de gigi 1 nak keluar bhgian bawah...same waktu la ngan dani...beberape hari nak 10 bulan.

sabar jer la menunggu....de budak cepat de budak lambat.

selamat membesar jadi anak bujang dh de gg :)

pRincESs_N said...

wahh...psni geget org plak..ngee...

JIVEBUMZ said...

jap jer dah ada gigi yer dani.. dah besor dah!

Dayu said...

cha pun baru tumbuh sebatang
dah nmpak gak benjol2 kat gusi tu
ni demam lagi
trus suspek nk tambah gigi lagi lah ni. susah sungguh nak jadik org besar kan :)