Skip to main content

Hati yang tak sedap hati..

aku tak sedap hati nak hantar Dani kat umah pengasuh dia pagi tadi sebab malam tadi badan dia panas.. hampir nak cecah 38 darjah celcius. dlm kul 3 pagi, aku bangun bagi Dani ubat demam. Then dia tido balik. Pukul 5.30 pagi, dia bangun macam biasa, dah kurang panas dah daripada tadi. Maybe kesan ubat tu dah jalan kot. Aku pun bersiap macam biasa. Tapi Dani tak macam biasa.. Merengek-rengek je. Kasik apa pun tak jalan nak suh dia diam.. Sudahnye gilir2 la aku ngan adik aku aka kakyang bersiap. Kak yang keje pagi hari ni.

Hantar Dani kul 7.20 pagi. Dia diam la kan bila kene dukung tu. Aku hantar then terus g kerja as usual.. Dia pun diam bila dah ada kawan2 dia. Tapi hati tetap tak senang...terpaksa jugak pergi kerja.

Sampai opis, pegi cafe pegi toilet sentiasa bawak hp. Sebelum ni aku main tinggal2 je atas meja tu. Aku takut BS Dani msg atau call kalau ada apa2 hal kan..

Seperti yang dah dijangka, pukul 9.38 pagi, BS Dani msg tanya kenapa dengan Dani ni Ana? Erk, aku diam je. Then aku tanya, badan dia panas tak kak idah? kak Idah cakap, tak panas pun.. Dari dalam hp, aku dah dengar suara Dani menangis-nangis..kuat.. sampai gugur air mata dengar dia nangis macam tu. Dalam hati, kenapa ni nak?

Lepas letak call, terus aku gerak balik umah BS Dani. Sampai2 umah, memang tengah menangis macam kena pukul.. Aku pegi kat dia. Dia pun terus peluk aku. Tak lepas2.. alahaiii Dani... kenapa ni.. Aku letak bawah dia nangis, macam mana mama nak g work ni Dani..

Kak Idah tanya, kat umah mmg macam ni ke Ana? Aku jawab, kadang-kadang je. Then terusla aku citer yang pasal Dani demam malam tadi.. Kak Idah kate, maybe badan dia masih sakit2 kot.. yelah budak kan..sedangkan kita kalau demam je sakit2 badan..melepek je.. Lepas tu, jangan biasa kan asyik berdukung je, teruk akak nanti yang nak jaga dia.. Maksudnya kat sini, jangan biasakan bila nangis je, dukung dia..nanti dia naik lemak.. adeii..macam mana ni, tak sampai hati nak dengar dia nangis.. mmg bila time aku masak ke mandi ke, mesti dia nak ikut sama..nangis-nangis..kadang-kadang tu, mase aku mandi, tiba2 dia dah bangun dari tdo, dia dengar bunyi dr bilik air..terus g kat pintu bilik air tu ketuk2 pintu sambil nangis.. aku buat hati kering je.. padahal siannya anak mama...

Sembang-sembang ngan Kak Idah, apa yang aku kena buat lagi.. tengok2 Dani dah tertido...Kak Idah kata, nanti dia bangun Kak Idah bagi dia ubat demam tu. Esok kalau tak ok jugak, bawakla Dani g klinik..

Dan sekarang aku di opis... Hati tetap tak senang.. Mesti nanti dia bangun tido, dia carik aku.. sob sob sob.. Daniiiii...petang kang, mama bawak Dani balik k..Mama carik duit untuk Dani jugakkan.. Nanti mama balik, Mak Yang Dani pun ada tau.. tunggu k...(kalaulah Dani boleh dengar rintihan hati aku ni..)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…