Thursday, December 2, 2010

cerita untuk dijadikan ikhtibar

Bila Anak Tak Guna Yang Ditinggalkan...Kesian Arwah Mak Mereka

Dah 3 hari mak diorang ni meninggal. Tapi anak-anak masih berebutkan harta peninggalan arwah mak. Kesian arwah dalam kubur. Mesti dia menangis sedih lihat anak-anak yang ditinggalkan.

Bermula pada hari kematian Cik Piah(bukan nama sebenar), dalam pukul 8 pagi baru kami tahu. Meninggalnya jam 1 pagi lagi. Bila suami saya sampai, tiada apa yang diuruskan anak2 Cik Piah lagi. Seorang pun tak tahu nak buat apa. Hemmm....

Kami belikan segala kelengkapan untuk uruskan jenazah. Dari kain kapan, kain batik lepas untuk tutup mayat pun takde kat rumah...haih. Dan lain-lain lagi.

Saya sampai dalam pukul 10.00 pagi. Jenazah sorang2 je terbaring atas katil. Saya lihat wajahnya. Tersenyum. Kata cucunya dia sempat mengucap 3 kali sebelum menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Bila saya start baca yasin di kalangan mereka2 yang rancak bersembang di tepi jenazah, saya disuruh makcik2 yang ada kat situ untuk duduk di atas katil di sisi mayat. Kata mereka tak elok baca yasin rendah daripada mayat. First time saya dengar ni. Nak je menjawab, habis tu kalau mayat dalam kubur...kita kena duduk dalam kubur jugak ke nak baca sebelah dia?. Hehe. Tapi bila ramai suruh saya duduk atas katil tu..saya pun akurlah. Pelajaran baru untuk hari itu~~.

Bukan nak cakap saya baik. Tetapi kalau datang ke majlis kematian, datangla tengok jenazah dulu, baca yasin...barulah nak bersembang ke hape. Tapi makcik2 yang dtg sekali dengan saya terus bersembang senang lenang kat ruang tamu. Tiada seorang pun baca yasin masa saya datang. Riuh rumah tu macam ada kenduri kawin la pulak. Anak-anak Cik Piah mungkin dah penat baca yasin dari malam tadi. Tiada riak wajah sedih atau air mata di wajah anak2nya. Mungkin mereka redho dengan kematian arwah yang sudah lama sakit.

Tepat pukul 12 tengahari, makcik yang potong2 kain kapan tu mintak izin nak balik. Ada hal persatuan lepas zuhur. Pelik...kenapa diorang tak sembahyangkan jenazah terus dan kafankan saja. Kata mereka kubur tak siap gali lagi. Saya diam saja. Saya cuma orang luar.

Kami sediakan van jenazah untuk ke kubur nanti. Dari penggali kubur dan orang masjid kami yang keluarkan duit. Sekali lagi, kami bukan sedara mara mereka. Sebelum mayat dimandikan saya mintak izin nak balik. Sebabnya masa tu diorang kecoh2 sape nak mandikan mayat nanti. Dibuatnya semua anak2 dia buat bodoh, saya la yang kena kuarkan skill mandi mayat yang pernah belajar tapi tak pernah dipraktikkan tu. Tapi saya takottttt. Hehe tak berani.

Saya curi bunga2 yang cina sebelah tanam. Nak mintak izin dia takde kat rumah. Hehe. Takpe smlm dah bgtau saya curi bunga dia. Dengan daun pandan kami potong2 jadikan bunga rampai nak tabur atas kubur nanti.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sampai selesai majlis pengebumian arwah Cik Piah. Ketika di kubur sorang anak Cik Piah datang kepada husband saya tanya dah bayar kat penggali kubur belum. Suami saya kata dah. Lepas tu dia pergi kat adik beradik dia. Terdengar suami saya diorang bercakap tentang duit talkin. RM30 pun tak boleh nak bayar?!!!!!!!

Tadi anak bongsu Cik Piah datang rumah. Suruh jemputkan orang2 area rumah kami pergi majlis tahlil. Katanya orang taknak datang sebab kakak2 dia yang datang menjemput pakai seksi-seksi. Sudahtu semalam salah seorang abang dia mabuk2 masa majlis tahlil tu. Astagfirulhalazim...Pesan terakhir arwah Cik Piah supaya anak no 2 kahwin dengan lelaki yang selalu bersama dia. Kami ingat suami isteri. Rupa2nya bukan muhrim tapi duduk serumah. Cukup lengkap cerita kematian Cik Piah bila anak perempuan dia yang penagih dadah berebut gelang besar arwah Cik Piah. Yang diwasiatkan untuk anak sulung. Sekarang ni diorang sibuk nak keluarkan duit ASB Cik Piah nak bahagi2kan. Tapi bank kata boleh dapat separuh je. Harta tanah, rumah, dusun lain tak tahulah diorang berebut macam mana. Baru 3 hari Cik Piah meninggal. Dan yang paling best...bukan nak mengungkit atau minta bayar balik tapi cukuplah sorang anaknya ucap terima kasih pada kami. Tapi takdepun:=(



===>Anak2 Cik Piah ni suka berlagak dengan kitorang. Alah kalau bercerita mesti nak lebih. Kete besar, kerja hebat...sekarang tengok...habuk pun takde! Orang kata kalau orang kaya hidup mewah di dunia tapi lupa Allah...sekurang2nya mereka merasa nikmatnya syurga dunia. Tapi kalau orang miskin...lupa Allah?...Hidup susah...mati pun susah lorr...Semoga dijauhkan anak2 macam ni dalam keluargaku. Aminnn..

copy paste from blog sahabat aku memegang ranking paling lama aku kenal..hikhik.. FAZEMY

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments: