Tuesday, July 6, 2010

mililea soya organik

salah satu cara utk tambahkan susu badan. mmg mujarab. aku dah try. biasanya kalau tak minum soya organik ni, total susu yang dipam mase kat opis 3 kali hanyalah 10-11 oz sahaja.. tapi bila aku buat eksperimen minum soya ni setiap pagi lpas breakfast, aku pam susu kul 9 pagi tu, dapat 5 oz sekali...tengahari 5oz n petang 4 oz..banyakkk..aku suke la cam ni..

rase soya ni pun sedap. seb baikla aku ni jnis yang mmg suka minum susu n soya...so, takde hal nk telan air tu..:)

soya organik ni aku beli kat susuibu.com. pegi sendiri je kat Bangi tu. belakang Manjaku. RM15.00 je.

stok nak habis dah ni. nak kena beli lagi..

kat bawah ni aku gigih tau aku google kebaikan soya organik ni..


MELILEA SOYA ORGANIC
KENAPA MELILEA SOYA ORGANIC PALING TERBAIK

- Kacang soya yang digunakan adalah berasal dari HeiLong Jiang, China yang terkenal di seluruh dunia kerana menghasilkan kacang soya yang paling berkualiti. Kawasan ini mengandungi tanah yang subur, sumber air dan persekitaran yang bebas daripada pencemaran serta kesesuain cuaca yang terbaik dapat menghasilkan kacang soya yang bermutu.

- Di proses dgn menggunakan teknologi yg tinggi. Nutrien asal kacang soya dikekalkan dgn baik,tanpa penambahan sebarang perasa tiruan, pewarna tiruan atau bahan pengawet. Diperbuat drpd kacang soya organik tidak terubahsuai secara genetik (non GMO)

- Kacang soya terkenal dengan nilai gizinya yang kaya. Merupakan "protein lengkap", dan merupakan salah satu makanan yang mengandung 8 asid amino yang penting dan diperlukan oleh tubuh manusia.

- Tidak seperti makanan lain yang mengandungi lemak dan tidak dapat dicerna, kacang soya tidak mengandung kolesterol, mempunyai ratio kalori yang rendah dibandingkan protein dan bertindak sebagai makanan yang tidak menggemukkan bagi penderita obes. Kacang soya juga mengandung kalsium, zat besi, potasium, phosphorous, dan vitamin B kompleks. Merupakan salah satu yang mengandung protein tinggi, makanan berkalsium tinggi dipasaran, kacang soya juga unik kerana bebas dari racun kimia.

- Di perlukan teknik unik untuk mengupas kulit kacang dan pucuknya, supaya hanya 45% daripada kacang soya tersebut digunakan, dan sisa 55% lagi yang sebenarnya racun dan tidak berguna dibuang. Oleh sebab itu, kacang soya ini lebih baik dan mengandung protein 16% yakni lebih tinggi

Nilai Nutrien KACANG SOYA

di atas sebiji kacang soya:-
18% asid lemak poll tak tepu
38% protein soya
15%karbohidrat
15% fiber
fitonutrien - lecithin, isoflaon dan saporin
mineral semulajadi -kalsium, magnesium, besi, fosforus, potassium, selenium dan zink

1. kacang soya mempunyai skor asid amino yang di perbetulkan dalam kebolehcernaan protein(PDCAAS ) tertinggi iaitu 1.0. Ini bermakna protein kacang soya mempunyai profil protein yang lengkap dan merupakan sumber protein terbaik untuk menggantikan protein daging.

2. kalsium boleh meningkatkan kepadatan dan kekuatan tulang untuk mencegah penyakit tulang rapuh (ostoporosis)

3. isoflavon dpt mengurangkan paras kolesterol dan dapat mencegah kanser

4. kacang soya dpt membekalkan vitamin yg bermanfaat spt vitamin B,D dan E

5. lesitin soya dapat mempertingkatkan fungsi sel sel otak, serta mencegah penyakit Alzheimer(nyanyuk)
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

4 comments:

:: p R i n c E s S _ N :: said...

ko ley mntk komisyen kt susuibu.com ni wehh..duta...duta..

CikPuanMiera said...

boley la kirim kat ko ehh.. :p

Kaklong @ Izan said...

Btl kak...lagi satu akak blh try..Air Teh Kurma n Longan..Brand Super...or brand pape pun ok...rasenya manis2 buah..harganya dlm RM7.90 kot...ada 20 paket...hehe...lbh elok cr buah longan n minum air rebusannya..tp sj beli sng minum kat ofic...

Kaklong @ Izan said...

Beli kat Pasaraya Bintang, Bangi ada...semalam kaklong tgk kat Maydin Putrajaya pun ada...