Skip to main content

Wishlists for 2010..

aku tau agak terlewat utk wish kat blog ni..hehe
tapi aku dah wish awal2kan dalam muka buku semalam...bolehla diterima ek..

motif entry, adalah utk buat wishlist utk 2010 yg mendatang ni...tahun ni kena buat wishlist berdua la kan..
antaranya..

1. semua dah tau aku sedang pregy 7 bulan kan, jadi aku harap aku dapat melahirkan baby dengan selamat...tak kisah jantina nye ape( walaupun da tau ape jantinanye..), janji baby aku sihat..aminnn...doakan aku ye..

2. ingin mnjadi anak,kakak, isteri dan ibu yang baik dan solehah kepada ibu dan ayah, mak abah, adik2 dan suamiku...

3. at least, nak pegi bercuti setahun sekali...kalau dapat lebih sekali pun ok...

4. nak tingkatkan usaha dalam keje...amik PTK dan KPSL tahun ni...utk naik pangkat...

5. berjimat cermat..jgn boross...house expenditure akan bertambah tahun ini...

6. cuba utk mnjadi blogger tegar..hahaha..sebab semakin hari aku semakin malas nk apdet...tapi aku gagahkan jua...

oklah tu je kot buat masa ni...


tadi tanya enady, apa azam tahun baru ni...dia cakap...

1. nak bagi aku senang dan bahagia sentiasa...

2. baru dapat penyakit mengidam LCD...sejak tv kat umah ni kejap elok kejap tak elok kalernye..sabo ajela...

3. nak jadi papa yg baik kpd anak kami yg bakal lahir nanti...yeayyyy...

4. kalau ade rezeki lebih nak bayar habis moto yg tnggal setahun setengah aje lagi tu...

5. kalau ade rezeki lebih lagi, nak beli kete satria sebijik...(aku rase ni target utk 2 tahun dan seterusnya la...kahkahkah.. takpe, kalau tercapai tahun ni alhamdulillah la kan...)

6. tingkatkan usaha utk naik pangkat dan naik gaji..huhu..( ni aku suke...=p)

7. nak beli home theater...

ade ape2 update nanti2 aku tempek lain k...

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DARI KAMI..ANA & ADY..


♥ honey ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…