Skip to main content

Pengalaman minum air gula


Lupa nak story satu citer ni...
sebelum aku g kenduri kawen Cik nani dan family day tu...

ari Jumaat tu bersamaan 04 dec 09...
aku dwajibkan utk pergi ke Klink Kesihatan Dengkil...
disebabkan berat badanku naik secara mendadak ari tu..
2 minggu 2 kg..hah! amek ko..
makanye doktor menyarankan aku agar amik OGTT kat KK Dengkil..
OGTT ni bermaksud oral glucose tolerance test
muka pucatt~~

kredit to http://ibuafiqku.blogspot.com/

aku hanya copy paste sedikit info dr blog beliau...

apapun, aku pun nak citer sikit pasal minum air gula ni.. cari kat wikipedia, aku jumpa artikel pasal OGTT (oral glucose tolerance test) dan serba sikit pasal benda ni.
  • ia adalah ujian untuk mengukur secepat mana gula dalam badan hilang dalam badan, biasanya untuk test kencing manis
  • pesakit mesti berpuasa selama 8 - 14 jam sebelum (boleh minum air)
  • biasanya di test waktu pagi sebab paras glukosa pada tahap normal dan akan berkurang menjelang tengahari
  • lepas tu, sample darah pertama (zero time-baseline) diambil..then, kena minum air gula (yang teramat manis)lepas dua jam (puasa lagi,kali ni takleh minum apa2), sample darah kedua diambil
  • jika tiada masalah, sampel darah pertama mesti bawah 6.0 mmol/l dan sample kedua mesti bawah 7.8 mmol/l, kalau lebih, ia adalah simptom kencing manis.

sampai KK Dengkil tepat kul 8 pagi...
ditemani suami tersayang...
hihihi..dua dua dapat time slip sampai kul 12.15...
kan ari jumaat kan...kira dapat la half day..

oh ye, citer air gula ni tak habis lagi...
kul 8 tu lpas amik no semua...
buat urine test n amik darah...
tang amik darah tu..alahaiii..lemah rase lutut..boleh plak tak kuar darahnye...
dah amik kat tangan pun, darah takde jugak...
org kate kalau darah tak kuar tu sebab kita takut...
aku ni jenuhla dlam hati dok ber kate2...aku tak takut, aku tak takut...
aku ulangla ayat tu sampai jarum tu cucuk kat tgn..
hahahaa....tak mau jugakkkk...tipu tau..

akhirnya, berjaya jugakla nurse tu amik darah...
nurse kate, salur darah aku kecik...
darah kuar jugak tapi sikit2 dia kuar...
setitik setitik..huhu..jadiknye lama la jarum tu cucuk kat tgn aku...
aku dah rase cam nak tarik je jarum tu...

ok dah amik darah..sila tgu selama 2 jam ok...
macam2 gaya aku duduk..hahaha..rase cam alahaiii...lamanye...
lupe lak tu aku nk bawak novel...
padahal malam tu aku dah siap berangan2...nak baca novel, nanti taklah boring sgt...
siap aku lepak lam kete..nyanyi ngan enady..hahahha..
tu dah boring tahap cip-- dah tu..hehe...

dah setel dua jam, masuk balik klinik...
tgu turn n amik darah lagi sekali...
pun same cam tadi...
darah kuar sket2..alahaiii...
sabar menanti lah jawabnye....

sekarang berat aku dah naik secara stabil balik...
maksudnye...berat naik sikit2 la..
sebulan kena naik tak lebih dari 1 kg...
lebih je..konfem kena minum air gula...
so, ibu2 pregy...jaga makan ek..hehe..
aku kan, hari2 aku mncarik buah betik..
lpas mkn tengahari tu, mesti aku makan buah betik..
utk lawaskan perut...
bagi kuar semua isi2 yg tak patut ade..
itu sebab chekup yg lpas, aku hanya naik 0.8 kg sahaja..
yeyyy..!...
next week ade check up lagi sebab Hb aku still under unnormal iaitu 10.5 gm..
tahap normal adalah 11.00 gm ke atas...

♥ honey ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…