Skip to main content

cerita pengajaran

aku copy paste je dr email yg aku dapat...
touching plak bila baca citer ni..


> cerita pengajaran - jangan hanya memandang luaran tanpa
> mengetahui apa yg
> tersirat.... ..sesungguhnya diam itu lebih baik daripada
> menunjuk....
>
>
> Hai anak2. Insaflah. Bersyukurlah dgn apa yg ada.
>
>
>
> MAAFKAN CIKGU
> Petikan drpd
> http://blogs. iium.edu. my/martinelli/ 2009/06/18/ maafkan-cikgu/
>
> Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah
> kisah yang
> saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru
> beberapa tahun
> yang lalu.
>
> Ceritanya:
> Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala
> Lumpur. Saya
> mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari
> datang lambat
> ke sekolah. Kasut dan bajunya
> selalu kotor. Setiap kali saya bertanya
> tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
> Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi
> kesabaran saya
> tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
> Pada mulanya saya
> hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa
> berkata2 kecuali
> anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi
> amaran, dia masih
> juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat
> keesokannya. Kali ketiga
> saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau
> masih lambat.
> Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
> Airmata saja yang
> jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
> Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya
> lagi. Namun ia
> masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
> Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
> Setelah
> mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia
> tinggal di sebuah
> kawasan
> setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya
> sangat
> daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan
> rumahnya dalam
> keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga
> kelihatan
> gelisah.
>
> Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2
> sekuat hati
> menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju
> sekolahnya.
> Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula
> kepada murid saya
> yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah
> sempurna dipakai,
> dia sudah berlari ke arah sekolah.
> Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya
> memanggil anak itu
> sambil menahan airmata yang mula tergenang.
> “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan
> memerhatikan kamu dari
> jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
> Dia terkejut dan wajahnya berubah.
> “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada
> baju lain. Itu
> saja baju dan kasut yang
> ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
> “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan
> saja cikgu pukul
> kamu?”
> ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan
> kemiskinan kita
> pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung
> kamu.”
> Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk
> anak itu,
> “Maafkan cikgu, …….”
> Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba
> membantunya
> setakat yang mampu.
> Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata
> seorang guru,
> sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2
> berikut;
>
> i. Solat sunat
> ii. puasa sunat
> iii. berzikir
> iv. bersedekah
> v. mengusap rambut anak yatim
> vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
> vii. membantu orang susah

♥ honey ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…