Al-Fatihah buat keluarga Opah Lah

Harian Metro - 01 Ogos 2009

Rebah ketika bertugas

KOTA TINGGI: Seorang anggota polis trafik meninggal dunia selepas rebah ketika menjalankan tugas mengawal laluan bagi acara kayuhan basikal sempena Triatlon Antarabangsa Desaru-Pengerang, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 9.25 pagi, Koperal Ibrahim Jalaludin, 52, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, bertugas di bulatan Desaru-Tanjung Balau yang menjadi laluan dalam acara tahunan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhamad Shamsuddin, berkata beberapa petugas acara berkenaan cuba memberi bantuan pernafasan sebaik menyedari mangsa terbaring di atas jalan raya.

Katanya, mangsa kemudian dibantu anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi menggunakan ambulans.

“Namun Ibrahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum sempat tiba di hospital dan doktor mengesahkan kematiannya berpunca daripada sakit jantung,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muhamad berkata, Allahyarham yang berkhidmat 30 tahun dalam PDRM meninggalkan seorang balu dan empat anak, termasuk tiga anak perempuan yang kini belajar di universiti tempatan.

“Jenazah disembahyangkan di Surau Kompleks Perumahan IPD Kota Tinggi dan dihantar ke kampung halamannya untuk dikebumikan di Batu Gajah, Perak, petang ini (semalam),” katanya.

***********************************************************

takziah pada keluarga Opah Lah...

jiran aku kat kampung ni...

Kampung Gajah, Perak...not Batu Gajah...

ketika kami sekeluarga sedang sibuk untuk persiapan perkahwinan sepupuku, Ain...

tghari Sabtu tu kami dikejutkan dengan berita ini...

memandangkan kami adalah saudara terdekat...haruslah kami menziarah...

berdasarkan sumber dari ahli keluarga arwah,

arwah meninggal sebab darah tinggi...

pagi tu arwah bertugas pada acara kayuhan basikal sempena Triatlon Antarabangsa Desaru-Pengerang

mase bertugas tu, arwah memarahi satu lori askar ni...

arwah suruh ketepi ketepi...

agaknye mase tu tgh panas pagi kot..., temperature naik

n terus jatuh...

ibu arwah, Opah Lah...sedih sangat...sampai cakap, nape tak ambil aku dulu...

pastu baru dia teringat yang 2-3 hari sebelum kejadian, arwah ade bank in duit RM50 pada ibunya..

arwah kater, suruh beli baju raya...

lpas bank in tu, hari2 call tanya dah beli ke baju raya untuk dia...

sampaila arwah meninggal...

rupanya baju raya yang dimaksudkan tu, kain kapan...wallahualam...

jenazah arwah tiba pada pukul 11.30 malam dan dikebumikan pada malam itu juga sebab sedara mara semua sudah berkumpul...

aku turut serta mase jenazah arwah tiba...

dengan dieskot kereta polis...banyak..aku tak kira pulak berape...

jalan depan umah aku tu sunyi...pastu ade polis nyalakan lampu liplap tu pulak kan...

org yg lalu lalang ingat ade road block...

: jalan depan rumahku..jalan besar yg menghubungkan Kg. Gajah dan Teluk Intan :

kebetulan juga khemah kawen sepupuku pada 19 julai yg lpas tak angkat lagi..

memudahkan la tetamu yg dtg nak ziarah..

5 comments:

attyfir said...

AL FATIHAH UTK ARWAH..

pRincESs_N said...

takziah buat kluaraga arwah...

Bapak said...

Salam takziah dari Bapak.

al-fatihah untuk arwah.

Anonymous said...

La ni ak pulak ditugaskan di
johor

Anonymous said...

La ni ak pulak ditugaskan di
johor cucu opah lah

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...