Thursday, November 3, 2016

Breakdown.

Kereta. 

Semalam petang balik kul 5.45 ptg. Start kete mcm biasa la...

Sekali..

Ek ek ek ekkk...(bunyi enjin)

Alamak! Tiba2 button panik menyala.

Start lagi.. hek hek hek hek... sekali alarm bunyi... adudududu.. konfem dah bateri kete ni problem. Huhu...

Call enady bgtau. Dlm masa yg sama nampak kolig, kakcom kat kete dia. Terus tanya, nak pinjam jumper. Ok ada... lega.

Alamak sape lak nak jumper kan. Aku tak reti. Kakcom pun xreti. Alahai... kena belajar ni.

Nampak pak guard di kejauhan. Encikkkkk, tolong saya boleh tak? Sambil lambai2 tangan.

Pak Guard tu pun jumperkan. Tapi kete dia Alza. Alza ngan waja bateri Alza kecik sikit... tp xpe.. try jumper. Ok boleh hidup. Caj lama sikit. But still mati kalau cabut jumper.

Call taska, bgtau amik lewat sikit anak2.

Dah agak2 mcm stabil sket, aku drive slow2 g amik anak2. Dah kul 6.15 ptg. Kenala bayo overtime ticer2. Takpe... sokay.

Dah amik anak2, xsampai hati tak on aircond. On la aircond. Ok lega enjin xmati... jom balik anak2...

Sampai je selekoh dlm kawasan opis tu, ade bumper, sekali dah mati enjinnya... huwaaa... button panik ter On balik. Call enady bgtau suh datang jugak opis. Tadi aku dah call xyah datang sebab mcm konfiden je kete ni xmati enjin.

Sambil2 tunggu Enady dtg, aku try call sana sini no pomen kete. Ade satu ni, iwan namanya... aku call..

"Hello, ni Iwan bengkel ek?"
"Ya saya..."
"Mcm ni, kete saya rosak. Tak boleh start. Saya ada kat INSPEN".
"Ooo kete puan rosak ye.. Puan g kedai, pastu repair, pastu puan bakar."

Terkedu.

"Encik, encik boleh main2 ye. Saya tanya elok2. Saya ni dengan anak2 merengek2 lagi, encik boleh main2 mcm ni!"

Pap! Aku letak telefon. Dan dan airmata berjurai2. Terasa mcm aduhaiii.. dugaan betul. Zara dh tgk mama dia berjurai airmata, dia pun dh start sebak. Sambil ckp, kenapa xde org tolong kita. Sobs sobs sobss... Aku tak layan sebab sibuk nak carik no hp pomen kete. Tp dengar gakla dia cakap itu ini. Ade org lalu, dia g jerit, heyyyyy, tolong mama kite...

Adoi sebak lak. Dlm masa sama, kelakar. Terus aku peluk Zara, dah dah kakak. Mama call papa ni...

Enady sampai tak lama tu. Dia cek2 memang bateri habis. Huhu, x ingat lak last beli bateri kete bila.

Ada gak 2 3 orang staff dtg tgkkan n carik no hp pomen. Call bateri.com kul 10 baru leh dtg. Pastu ade org bagi no hp pomen kat fb. Call org tu. Ok dia leh datang. Dia dr sg. Merab luar. 

Tunggu punya tunggu sampai Isya' xsetel2 lagi. Budak2 dah merengek2 lapar. Haus. Iman siap tido bangun balik. Aku tak teringat nak call Uber. Bila teringat, alamak, tak install lagi. Bateri hp pulak dh nk habis. Kang kalau install, habisla bateri. Powerbank ada. Wayar dia lak takde... huwaaa...

Last choice. Call la jugak kolig aku, Faz. Nk mintk tlg dia hntrkan. Sebelum Faz sampai tu, ade anak staff dtg tgkkan. Dia jumper kete. Then biar lama sikit. Bila faz sampai, kete dh ok. Bolehla bawak sampai umah. So Faz takyah hantar aku n anak2.

Pomen tu xdtg2 lagi kul 9mlm. Aku call balik bgtau, xyh dtg. Lambat sangat. Haha.. marah dah ni. Xlah marah, ckp bebaik je...:)

Then, alhamdulillah selamat sampai umah kul 9 lebih. Memang sampai2 umah mandikan anak2, pastu nk masak dh xde mood. Budak2 makan kopok goreng, roti. Pastu masing2 terbongkang tido kepenatan. Haha.. sian anak2.. aku pun join sekali la. Letih menunggu.

Then pagi ni, mintak tolong Kakyang hntrkan ke opis. Nanti kete enady setelkan. Now tgh tgu dia g beli bateri n repair.

Huhu.. sekain.. eh sekian...:D tapi part suh bakar kete tu terngiang2 lagi sampai skrg... kongasam punya orang... 


Iman tengah minum susu pastu dia tido. 

*****

Penyelamat sampai. 
MR. PERFECT TEN!



Alhamdulillah... kete dah ok. Mr.Perfectten belikan bateri kat Bangi, pastu ganti je bateri, hidup dah kete...yeayyy!

Alhamdulillah..
 Tq tq tq semua yang membantu semalam. 
:)


No comments: