Menang Iphone. Eh bukan.. iTouch jer =p



Tq Honor.

Honor tu apa? Rupanya brand hp, power bank dan lain2.. Ala Honor Huawei tu... hehe... pernah dengar sebelum ni, tapi tak amik port sangat...

Sempena ngan Sambutan Hari Merdeka hari tu, dorang buat contest untuk H Gesture. Aku tak ingat gambar yang mana satu yang menang sebab aku hantar 2 - 3 gambar jugak...

Aku taktau aku menang pada mulanya. Sehinggalah, tengok kat email, ada email dari Honor tu bagi invoice Powerbank ni kat aku... Cam pelik lak.. Aku mana order apa2. Tengok kat total amount, RM0.00 So aku agak hadiahlah ni... Contest mana pun aku tak ingat sebenarnya. Banyak sangat contest Hari Merdeka yang aku masuk.

Tak putus asa aku carik senarai pemenang... Tengok kat FB, ada rupanya dorang umumkan nama pemenang. Aku je yang tak alert kan... Hahaha, Atenye aku join suka2 je.. dapat grand prize dia alhamdulillah rezeki kan. Tak menang pun tak apa, takde rezeki. Bukan susah pun, amik gambar je... Yelah kalau dah minat kan, sanggup buatla apa saja. Cer kalau tak minat?.. hehehe. jawab sendiri.

Alhamdulillah menang la consolation prize. Tu yang dapat power bank tu.. Harga pun boleh tahan. Dalam RM80 rasanya tengok kat invoice. 

Ada cerita di sebalik proses penghantaran barang ni...

Kurier tu call aku bgitau yang boleh ke letak kat depan rumah barang ni? Aku cakap letak jelah, tapi make sure letak dalam-dalam sikit n tutupla ngan kasut2 yg ada kat depan pintu tu. Umah aku ada gap sikit antara pintu dan grill. OK setel la kan... Then aku balik keje, tengok2 takde barangnya. Aku call balik mamat kurier tu bgtau... Rupanya salah alamat. Ke Blok A nun peginya. Tingkat sama, unit sama. Tapi salah blok. Enady pegi 2 kali kot rumah tu untuk amik barang. Bukan ofis hour tau. Sekali, lepas balik keje dalam kul 6 petang mcm tu la, takde orang. Then pegi semula lepas Isya'. Enady kata, ada dengar suara budak-budak n bayang orang kaki berjalan kat bawah pintu tu tapi bagi salam, tak bukak2 gak pintu. OK fine.

Masa tu aku dah tahap redha lah. Bukan rezeki aku. Barang pun free kan, xde lah rasa ralat sangat. Yang tak sangkanya, mamat kurier tu follow up aku sampai la aku dapat barang tu. Asyikla hantar sms dan call tanya barang dh dapat ke kak? aku bagtau je lah, dah pegi umah orang tu, tapi tak bukak pintu. Then, he willing to nak ganti barang tu... Oh mai. jujurnya kamu. Aku saje je cakap, kalau nak ganti, ganti lah... Aku cakap macam tu sebab nak tengokla sejauh mana dia nak amik action atas kehilangan barang tu kan.. hehe.. 

Rupanya, dia pegi balik rumah yang dia salah hantar tu, tinggalkan notis suh pulangkan balik barang ke City Link atau pun call dia semula. Luckily, orang tu call n pulangkan barang tu semula then sampai la kembali barang tu pada aku... Kalau dah namanya rezeki kan... Balik-balik kerja, barang dah ada. Terima kasih la mamat City Link. Sangat komited dengan amanah kerja yang diberikan.

Hurmm, mula-mula rasa geram kat orang yang salah rumah tu. sebab bukan xde no hp aku kat resit tu kan, call je lah bgtau barang sekian-sekian ada kat umah saya ni, bolehla dtg amik, kurier salah hantar, bla bla bla kan...

Tapi dimaafkan sebab dah selamat pun barang tu sampai kat tangan aku. Terima kasih banyak2 kat mamat City Link again.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...