Skip to main content

Farm In The City, Seri Kembangan

Jeles betul tengok kawan-kawan update dorang g bercuti sana sini kan. Plan asal ngan family nak g Pangkor asalnya hujung bulan November ari tu, tapi aras sebab-sebab yang x dapat nak dielakkan, maka postponedlah cuti-cuti Generasi Uzir itu... Next year kita plan elok-elok ok.. :)

Yang kitorang ni pulak, xde plan tapi cadangnya nak adhoc je jalan-jalan Melaka ke, Port Dickson ke, tapi tapi tapiiii, tgk timeline kat FB semua pun update jem sana sini... maka, camcel gak yer.. Buat letih ngan bergaduh ngan anak2 je kang.. hahaha, deme tu dahla mane reti nak bersabar lagi... Dani boleh lagi, Zara tu.. huhuhu... A kata dia, A lah. jangan ubah.

Bosan gak dok umah kan, hari cuti Maulidur Rasul tu, memang tak ke mana la sebab papa dorang ni ada perhimpunan Maulidur rasul kat MAEPS sana... Masukla kejap muka tu kat tv.. hahaha, excited anak-anak.

Cuti Krismas esoknya pun, tak ke mana-mana sebab Solat Jumaat kan... so 2 hari rehat kat rumah... tapi petang Jumaat tu kuar jap g lawat baby Kak Ila aka Jivebumz.. Tu nanti citer.. :)

Last-last decide kita g jalan-jalan dekat jelah... Bawak budak-budak ni happy.. So, pilih.. antara Zoo Negara atau Farm In The City. Tanya respon geng2 wasap UB, Farm In The City la sesuai untuk aku ni yang tak larat nak jalan lama-lama sangat.. Hahaha... Dan nak bagi budak2 seronok dapat pegang pets tu... :)

Tiket 1 family, kitorang amik yang pakej. 2 dewasa 2 kanak-kanak. Include 2 tiket pony ride, pastu ada diskaun makan ntah ape lagi ntah kat kedai sourvenior tu. Aku fikir jimat je tu yang amik pakej tu... Family Pakej RM116 dan include GST. Kalau bayar asing dewasa RM32, kanak-kanak 3-12 tahun RM27. pony ride tu RM7 sorang... Banyak jugak tu jimat kan.. :) Pastu aku tambah dewasa sorang, adik aku si kakyang nak follow... Bagus gak ko ikut kakyang, leh jadik tukang amik gambo kitorang.. hahaha... 


Ok, ni kat pintu masuk... Dani banyak kali tanya, mama ni zoo ke? Hahahaha, ciskek betul.. dia ingat Zoo Melaka yang pegi ari tu lah tu...

Kat pintu masuk tu beli tiket semua, pastu dapat aiskrim 2 batang, pin batch FITC 2 pin..



Awal jumpa la si turtle gergasi ni... Elok je dia diam situ makan... Zara excited asyik suap dia makan.. risau pulak kena ngap tangan tu, orang kata kalau kura-kura gigit tangan, tunggu petir kilat baru dia lepaskan.. hahaha, taktaula mitos ke benar tu...



Sedaya upaya Dani bagi turtle kecik ni makan... Pandai dia datang kat Dani pastu nganga mulut nak makan.. hihi...


Buaya tak bergerak2.. hehe...


Ular sawa.. dia tengah panjat kat atas bumbung kaca ni.. huhu, seriauuuu tgh badan dia yang besar tu, terbayang dia lilit2... euwww!


Pastu kat bahagian burung-burung ni... Peacock tu tengah kembangkan bulu dia.. cantikkk, ada sekor je...


Dani memang tak takut dengan bird... Selamba je dia... Gud boy.. :)


Masuk kandang rusa pulak... Zara keje dia suap makan je.. hahaha.. Aku suh dia pegang dia boleh kata, " eiii mama ni, kakak taknak pegang la, kakak geli!" hahaha, kena marah aku kat situ...



Dani relax je belai-belai rusa tu...


Rabbit antara kegemaran deme gak ni... :)



Then lets Pony Ride... :) Kan ada dapat 2 tiket free include dalam pakej tu kan... Kalau tak include pakej RM7 sorang...



Zara dulula, dia yang excited nak naik... Pastu beratur tunggu lama dah ngamuk2 dah dia membebel2 nape lambat sangat ni... haih kakak kakak, waktu tido dia pun time tu... dh kul 12 lebih...


Dapat naik terus hilang stress dia.. hahaha, menyerongennn je haaa...




Nampak muka happy dia tu.. tu yang aku letak banyak2 gambar Zara.. hikhikhik...



Lepas tu turn Dani pulak, good abang Dani ni, beralah je ngan adik time panas2 leting mase tu.. huhu...

Muka dia pun tak bleh tahan nak gelak tengok... Hehehehe... Bahagia betul mama papa tgk korang seronok gumbira... :)


Dah jalan pun, still lagi peace dia tu tak turun2... hahaha...


Pastu ada Sparrow Show... Tak tgk sangat pun sebab Zara dah ngamuk2 panas pastu dia marah abang dia tinggalkan dia, si Dani dapat dok depan sekali, aku suh dia menyelit2 taknak pulak.. haihla princess sorang ni...Ramai orang kot tu yang dia taknak... Panas pun satu hal...



 At last, kita layan racoon ni je lah ye kakak... takut pulak aku kalau racoon tu jatuh gedebekk atas tanah pastu dia terkam zara kan.. hihi imaginasi terlebih aku ni... :)

Dalam kul 1 gak kitorang lepak dalam tu sejak masuk kul 10 pagi... Bagi aku memang high recommendlah Farm In The City ni... Cuma tak best pegi time weekend sebab ramai orang... Ada masa nanti nak repeat lagi, tapi tunggu adik baby keluar dulu lah yer... :)

Sekian review dari aku n family... 

Happy New Year 2016!

 ♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…