Dani Emir : Operate Gigi

Ni cerita operation gigi Dani hujung bulan lepas.

dah nak hampir sebulan la dari tarikh operate 28 April 2015.

Macam mana nak mula ya...

At first, pipi Dani tiba2 membengkak 2 tahun dulu kot... Jap aku carik link entry kalau la aku ada blog kan dulu..

jap..



Haaa, ni dia...111 weeks ago... aku kira, dalam 2 tahun 3 bulan yang lepas..., pipinya membengkak. Bawak pegi klinik kesihatan kat Presint 9 nun, doc buat surat untuk refer ke Hospital Serdang. Sebab kat sana ada klinik pakar gigi untuk kanak-kanak. Kat Putrajaya nan hado.

Aku pendek2kan cerita je...

Pegila walk in kat Hosp. Serdang tu. tak masuk dalam pun, nurse bagi tarikh appointment untuk tengok gigi Dani...

Huhu, appointment lagi.

Dah tiba hari appointment, doctor nak cabut 2 batang gigi geraham tu. Aku kata cabut jelah... Lepas tu, dia kata dia akan set appointment untuk jumpa pakar bius. Untuk cabut semua gigi dia.

Untuk cabut gigi dia semua tu kena warded 1 hari. Doc pun bagi la tarikh sekian sekian... 

Kena cabut semua sebab kat gusi Dani dah ada infection. Dia tak sakit pun tapi doctor bilang, risau hari mendatang... nanti bertambah teruk.

Tarikh appointment berlalu macam tu je... hehe... Nurse call, kenapa tak datang? 

Aku cakap, aku nak tangguh operation sebab anak kecik lagi... hahaha, sebenarnya aku takut nak operate-operate ni...Bayangkan la Dani tu kecik lagi masa tu, umur dia 3 tahun... 

So, aku postpon.

Sampai la tahun lepas kot, bulan 8. Ntah macam mana ntah aku leh bgtau enady, jom la papa, kita bawak Dani jumpa pakar gigi.

Dani tak sakit gigi pun masa ni. Memang takde sakit langsung sejak aku tak pegi appointment kat Hospital Serdang tu. 

Bila decide nak pegi, prosedur pun macam biasa la.. hehehe, pegi klinik kesihatan Presint 9, dapat surat suh pegi Hospital Serdang. Pastu tunggu apointment nak cek gigi. Aku ingatkan bila pegi dapatla tarikh cepat untuk operate gigi tu sebab aku nak mintak tolong mak aku jaga la Dani, kononnya bila operate tu kan...

Sekali Tarikh operate nya dapat bulan 4. 28hb April 2015. 6 bulan aku tunggu daripada bulan 11 tahun lepas.. hahaha.. Memang ramai nurse tu cakap...

So, 25 Mac 2015, pegi jumpa pakar bius.

Masa jumpa pakar bius, macam-macam la aku tanya. Risiko komplikasi tetap ada. Hah, tu yang cuak tu. Tapi doctor tu pun tenang kan aku, jgn risau puan. Ni just operate biasa. So far takde kes lagi tapi yelah, saya nak cakap 100 % xde risiko tu tak boleh la. Still ada risiko. Aku pun ok lah.

Tawakal.

27hb April, warded. Tidola 1 malam kat hospital ni...



Register wad kul 9 pagi. pastu kul 2 dia suh datang balik untuk masuk wad. Dah kul 2 pun still tunggu lagi takde katil kosong. Dalam kul 4 petang baru ada katil. Wad 5B katil 7.


Kali ketiga Dani masuk wad. Tapi kali ni bukan yang macam dulu-dulu. Kali ni nak cabut gigi. :)


Makan malam kat hospital. Chicken chop tuuu.. hihi... Makan la kenyang-kenyang Dani. Pukul 10 awak dah kena puasa.



Aktiviti kat wad. Main mainan la apa lagi.. selain daripada main tab. Mujur la mau jugak dia duduk diam... Then nasib baik ada gak kawan seangkatan nak cabut gigi gak... Chinese boy. Very friendly an agresive too.. adoi, katil hospital tu dia leh lompat2 sukahati dia je... main slide kat ruang menunggu tu sampai jatuh2 pun relax je dia... Mama dia pun takleh nak kata apa... hihi...




Lepas makan tadi, dalam kul 8.30 malam, Dani dah tertido dah... Kiranya last dia minum air kul 8.30 tu lah... Sampai lah pagi esoknya...




28 April 2015.



Kat tingkat 5 ni ada taman atas dia... tapi xleh nak keluar... dorang kunci pintunya.. ntahapa2, baik takyah buat taman ye dakk.. :)



Alhamdulillah la pagi-pagi Dani bangun dia takde mintak susu or makan... Aku pun kena tahan lapar jugak sebab taknak Dani mintak makan... Lapar giler dah aku rasa... Terliur betul aku tgk roti ngan scramble egg tu... Kawan chinese Dani tu ajak dia g main kat playground depan kaunter wad tu je... Dorang blah je cepat2 aku melantak.. kahkahkah.. lapar wey...

Jam 9 lebih, kawan chinese Dani tu dah kena tolak masuk OT. Dani turn no.3... 

Then around 10.30 pagi, turn Dani kena tolak masuk OT... Start dah mama ko ni berdebar nak oi..



Senyappp dia membisu sepanjang dia kena tolak ke dewan bedah tu... Nampak muka cuak dia.. Pucat lesi. kikikiki...




Dah masuk Dewan Bedah dah time ni... Tapi kena tunggu kat luar jap sebab doctor pakar nak ready kan barang2...

Meh la wefie sekejap ye abang...

Ramai nurse puji... waaah baiknya adik ni... senyap je dia....


Adala dalam 15 minit gak tunggu... Dani dah kebosanan..



Tepat pukul 11.00 pagi Dani masuk dalam bilik bedah tu. Then Dani dibaringkan pastu doctor bagi gas untuk bius. Tak sampai 2 minit pun.. Dani dah tertidur... So, xdela adegan drama airmata.. hahaha, Doctor suh cium anak je pastu aku keluar.. Dani tak sempat pegang tangan aku pun sebab dia pegang kereta robot dia tu...:)

Dudukla aku dalam 1 bilik tu.

1 jam 15 minit.

Kul 12.15 tengahari, nurse panggil.


Aku sampai-sampai kat Dani, Dani tak sedar lagi... macam dalam gambar kat atas nun... Lama jugak nak tunggu dia sedar. 20 minit ada.

Bila dia sedar, dia mengamuk... Nak turun dari katil. Menjerit meraung-raung marah kan doctor yang cabut gigi dia. Bila doctor tenangkan, doctor tu kena marah..

"Diamlah doctor! Dani taknak dengar doctor cakap!!"

Pastu sambung jerit lagi..

Adehhh.. aku dukung jap pun takmau gak diam..

Dia suh cabut apebende ntah dalam mulut dia tu... padahal mana ada apa2... Dia meraung-raung sambil tunjuk mulut dia... 

"Amila ni mama!! Amik ni!! Cabut Ni!! Dani taknak!!!"

Aku ni tergelak jugakla sikit sebab cara dia marah doctor tu unexpected. Tak sangka dia akan cakap macam tu... Lama dia meraung-raung tu sampai suara dah hampir xde.. Asyik nak termuntah je.. Patutla kalau nak operate, kena puasa malam sebelum tu kan... Nak elakkan muntah rupanya...

Doctor cakap, mungkin Dani tak selesa sebab bius gigi tu masih ada lagi. Dia jadik kebas n air liur meleleh-leleh... Dia nak telan air liur pun susah. Pastu, lagi satu sebab, tadi masuk tiub pernafasan so tekak memang akan jadik perit sikit. Tu yang dia nak termuntah je tu.

15 minit dia meraung-raung tu, doctor bius decide bagi dia ubat penenang. Dah cucuk ubat penenang pun dia meraung-raung lagi. Macam tak berkesan... hihi...

Then lama-lama.. dia dah boleh dikawal... dah senyap sikit. Kesian betul tengok dia... Sampai nurse n doctor pun kesian...dorang cakap.." laaa, ni budak baik tadi ke... siannnya adik ni..." Ramai la nurse2 n doctor2 kerumun dia... bagi kata2 semangat kat Dani n aku jugak.. hehe... Papa Dani je yang boleh handle Dani kalau dia mengamuk. Aku tak cukup sabar lagi nak hadap dia mengamuk. 



Dah kena tolak balik wad masa ni.. mulut dia belah kiri tu meleleh-leleh air liur ngan darah sebenarnya...



Sampai wad dia sambung tidur.. kesan dari ubat penenang tadi. Kawan dia yang chinese tu dah siap makan dah.. Yelah dia tak banyak pun cabutnya.. dalam 2 batang geraham je... dah lompat-lompat main dah dia...

Dalam kul 5 petang, dah discaj dah... Amik Zara kat school pastu balik... Dani dah under control. Kan dah cakap, Papa dia je leh handle..haha... Dani senyap je sepanjang balik umah tu..


Mandi pun taknak.. oklah.. lap-lap badan je ye... Senyap n tak bercakap lagi.. adehhh Dani, siannya awak... Tahan sikit ya.. Nak gigi cantik kan..:)




Aku kongsikan gambar gigi Dani yang kena cabut tu.. Gigi atas habis dah semua... Sebab semua memang tinggal tunggul je.. Tunggul tu tenggelam dalam gusi. Risau ada infection datang balik.. tu yang doctor decide cabut semua...



Kena jahit la lubang gusi tu sebab ternganga je kan... Banyak jugak kena jahit...

aduh... 


Ni gigi-gigi yang dicabut.. memang aku mintak kat doctor, aku nak gigi Dani. Nak simpan buat kenangan.. hahaha... sayang tau gigi susu sekali seumur hidup tu...


Malam tu dia request nak nasik goreng.. aku nak buat bubur dia tak nak... aku pun buat la bubur nasi lembik sikit.. untuk dia mudah nak telan nanti...

Banyak dia makan... lapar kan, puasa dari pukul 8.30 malam sebelum operate tu.. 24 jam dia tak makan tak minum...

Oh ya, bagi yang ada pertanyaan, apa punca Dani kena operate n giginya rosak sampai macam tu?

Dani bukan penggemar gula-gula.. Memang jarang sangat-sangat dia makan gula-gula... Gigi dia rosak sebab dari umur dia lepas tak breasfeed tu. dia minum susu sambil tido.. BIla dia dah tido, susu tu still ada dalam mulut dia... then susu formula masa tu belum lagi kempen besar-besaran kurangkan gula dalam susu tu... Kalau tak silap aku.. baru start kan 2 tahun lepas yang susu formula dikurangkan glukosa...

Jadi.. itulah ceritanya...

sekarang Dani dah ok.. lubang-lubang gusi dia tu dah bercantum. tapi benang dok ada lagi.. Ari tu dia tunjuk kat aku then dia tarik2 benang tu.. adoi Dani.. seriau mama... Aku tya sakit tak? Dia kabo tak sakit...

Alhamdulillah selesai semuanya... Syukur Ya Allah...




3 comments:

.:Yana:. said...

yg bace ni pun debar2..
KIre kuat jugak la dani ni kan..tak la menjerit2 masuk OR..
Ape2pun, mesti lega, dah selesai semua kan??

nanonano said...

sebaknye aku baca,
kecik lg dani utk rasa cmtu skali,
tp nk bt cmne, utk kebaikan dia gak,
mika pon kne tempias cmtu, tp gg depan je so xrisau sgt,
benang tu nanti tertanggal sdiri ke kne g jumpe doc balik cabut? eeee ngeri,

cptla tumbuh gg baru, mesti ensem dani pasni :)

aku terbayang yg dia ngamok suruh cabut mende dlm mulot tu,
hehe sbb pernah cabut gg, rase kebas smacam kt gusi mmg rase ade something je, erghhh nasib mende tu dlm brape jam je berkurang kan,
hamboi komen aku blh jd entry lak. hahha
btl2 tacing ngn cite ni, huhu

Unknown said...

Alhamdulillah... sekarang mcm mana gigi nya selepas dh tumbuh semula... gambar ada x... menarik kisahnya...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...