Skip to main content

INSPEN Fun Day 2014


Best keje kat INSPEN ni hehe.. macam-macam aktiviti. Matikla orang2 MOF marah aku ni.. kihkih...

Minggu lepas Fun Day. Fun Day ni ala-ala family day la... Minggu ni Kejohanan Bowling Tertutup INSPEN plak, Next week, dinner...

Semua ni sempena "INSPEN 30 TAHUN". 

Rugi tak join macam-macam aktiviti ni sebab walaupun ada certain aktiviti dikenakan bayaran ianya masih murah la antara yang termurah. Orang kata apa, berbaloi-baloi... =p

Fun Day ni dia buat kat Icity... Teruja jugak sebab yeayyy dapat bawak anak2 mandi manda n ada telematch.. Aku suka sebab leh dapat hadiah.. Bukan aku je suka, anak-anak pun lagi suka. Tapu luck si mak xde, luck anak2 je ada... hahaha... Takpe, yang penting enjoy sangat! Sampai sakit tekak aku dok gelak n jerit...



Pembukaan ucapan oleh En. Zul Hisyam. Briefing dulu untuk acara-acara... 


Baru je start ucapan, si Dani dah melalak nak masuk dalam ni... Eiii, geram aku. si adik relax je... sabar menunggu. Tak sabar2 pun nak masuk.. haihhh, 


Enady la yang melayan sambil aku dengar dorang briefing welcome...


Layan gak kat sini.. besar dia punya playground+water... mak budak pun leh masuk... Tapi cover-cover sikit sebab ada tukang jaga yang mak budak xleh naik..hahaha... Sempat aku naik katak ngan slide kaler merah tu... tersekat2 kat tengah2.. hahaha...


Dani tak nak naik2.. Macam budak tak pernah jumpa kolam... hahaha.. Memang pun, jarang sangat la kitorang bawak dia g mandi lepas dia warded 3 tahun lepas. Serik dah papanya walaupun aku kadang2 teringin nak bawak dorang ni mandi manda...Kali ni ntah mcm mane leh la dia sejuk ati nak bawak dorang ke sini...


Lepas tu tele match untuk kanak-kanak dah nak start... First game, ala-ala kerusi muzikal tapi kali ni dia pakai pelampung, so pelampung muzikal lah.. haha...Dani ngan Zara kesejukan dah...




Pusing-pusing...



Sekali muzik stop, sorang je kena masuk dalam pelampung ni... Dani ngan Zara g masuk sama2 plak.. hahaha.. Dani masuk dulu baru Zara, biasalah adik kan suka ikut abang. Orang tu tanya, sapa masuk dulu dlm tu, Dani tunjuk Zara.. kahkah padahal Dani yg masuk dulu, so Dani la terkeluar.. hahaha bagus Dani beralah ngan adik... time ni je, kat rumah berebut jugak.. *tangan ke atas*


Ok, Zara meneruskan cabaran.... Dani relax dok diam ngan papa.. kihkih kesian.. Tapi dapat gak hadiah....

2 kali pusing n muzik stop gak, baru Zara kalah... Sedih dia bila kalah... menangis2..hahaha.. Jangan risau, adik pun dapat gak hadiah... haha adoila adik...




Next game ni kena bawak belon yang dah isi air pelahan2 masukkan dalam baldi...





Game ni kumpulan Dani n Zara kalah sebab belon tu lembik dan licin, kena pegang kuat2 la.. dorang ni kecik lagi antara yang besar2 tu, so Dani dah terpecahkan 1 belon... hahaha, xpelah bang xdpt adiah.. kita main nak happy2 kan..


Game ke tiga Dani dah xnak main dah... so, lepak tepi la tengok dorang main... main air lagi best kan.. hihi..




Telematch untuk dewasa aku join gak tapi gambar xde sebab main sambil gelak2 memang kelaut lah gambarnya... serius best gile... yang paling diingat2, masa game pertama kot.. kena masuk pelampung pastu berenang sampai had yang dorang tetapkan... Tak celuihhh oih nak masuk pelampung.. sudahnya sampai kat had dalam sikit dah terkapai2 aku ngan geng aku tu.. kahkahkah.. lubang pelampung tu kecik je haaa... hahaha...sakit tekak sampai nk termuntah2 aku gelak...

Tak luck aku masa telematch ni, 3-3 game kalah... huhu.. cuba lagi next time... kalau ada.. hihi...

lepas habis tele match... makan tengahari then lepas tu acara bebas... Dani n Zara dapat la hadiah.. Dani dapat set alat tulis Faber Castell. Zara dapat set lukis crayon bagai tu...





Ok, nanti sambung kat Snow Walk n Trick Art Museum...





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…