Monday, September 15, 2014

Gemuk

Dani cakap-cakap...

Tengah tengok tv citer kartun

Ada orang gemuk

Dani bilang,

"Eii gemuk gemuk..haha dia gemuk macam mama"

Ciskek betul Dani.

Mama pun jawab,

"Eh mama kurus la... mana ade gemuk."

Dani,

"Eh lupa pulak. Mama kurus. Papa gemuk."

Ok. Papa gemuk. Kahkahkah...

Si adik menyampuk.

"Mama mama, tengok ni."

Dia tunjuk perut dia.

"Adik gemuk haa..."

Haha. Ok adik pun gemuk.

"Ade baby ke adik?"

Zara jawab.

"Aah..ada baby."

Dani cakap,

"Eh. Budak2 mane ada baby. Orang besar je ada."

"Oh ye ke abang?"

"Aah. Budak kecik ada nasik je."

Ok.

Gelak.

Betul lah kan? Ada nasi dalam perut ni. =p

Hihi. Abang abang.. makin besar makin bijak mengexplore, menganalisis, meniru, mengaplikasi...

Semoga abang dan adik jadi manusia yang berguna nanti. Love u kids. Muahhh!

No comments: