Skip to main content

Dari Treasury ke Inspen


tempat kerja baru..


Akhirnya...Tiba masa untuk aku berubah angin.

Dah lama sebenarnya nak tukar tapi kaki tu berat je nak melangkah pegi hantar borang tukar kat bos.. haha...

Last2, satu yang program TTP ni yang berjaya menukarkan aku..=p

Treasury Transformation Program = TTP

6 tahun 6 bulan berkhidmat dengan Treasury. Terima kasih MOF! Dari bujang, bertunang, berkahwin, beranak pertama beranak kedua jatuh gedebuk aku kat situlah selama 6 tahun 8 bulan ni. Terima kasih kawan2, bos2 yang best. Sebab apa best? sebab sampai sekarang hati aku meronta2 nak menangis bila teringat kembali kenangan dengan dorang...Setiap gambar punya cerita sendiri. Takkan pernah kulupakan setiap kenangan indah bersama..

taip ni pon dah bergenang...


Namun, hidup perlu ada penghijrahan, pengorbanan... Kalau takde, rasa tak sempurna hidup kan kan kan..:D *positifnya aku =p*

3 minggu floating, akhirnya aku ditempatkan di sini... Institut Penilaian Negara.

Hai Inspen! Be nice with me! :)

Jauh lagi perjalanan.. tempat baru, kawan baru, waktu kerja baru, semua baru...Harap aku dapat la cepat adapt semua ni... Tak yah nak lama2 sangat sedihnya kan..=p

Yang best, kedai goreng pisang faveret, kat depan opis je haaa...hahaha. Sedap wa cakap lu.

Yang tak best (buat masa ini), jauh sketla nak g opis. Presint 11 ke Putrajaya Gate 1. Hujung border kiri ke hujung border kanan.. Fuhhh, rasa nak g keje naik moto lah.. haha.. Anak-anak masih lagi hantar ke Taska MOF. Sementara ni, sementara Dani nak masuk sekolah tadika dah tahun depan, biarlah mereka kekal di sana. Kesian kang kena adapt kawan2 baru gak... budak kecik kan susah sket nak terima orang baru. Akulah yang kene berkorban. Drop dorang dulu kat MOF then baru ke Inspen. Syukur alhamdulillah, masalah trafik tiada bagi aku sebab aku melawan arus... Tengok, Allah permudahkan kat sini, susah kat sana, senang part ni... Alhamdulillah...

Ok, sekian dulu kat sini... babai...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
6 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…