Skip to main content

Broga Hill akhirnya ku tawan..

Plan dah lama. 3 minggu awal kot... asyiklah aku tgk si Fad tu turun naik turun naik broga.. Takleh jadik ni... nak gak try panjat broga.. akhirnya deal lah 2 Mac 2014 hari ahad aku, Fad, Mar dan Reen plus Imaan anak si Fad. Ingat nak bawak Dani. Tapi Dani tido plak. Bangun lambat sebab malam tu nenek dia datang, pung pang pung pang ngan nenek.. last2 tido lambat... bangun pun lambat lah..

Gerak dari rumah kul 6.30 pagi. Fad tunggu kat kuil kat Hospt Serdang tu sebab aku tak tau jalan. Then terus shoot ke Broga Hill. Sampai Broga dalam kul 7 pagi. Reen dah lama sampai...

Dan bermulalah pendakian. First step, jalan kat ladang kelapa sawit. Huhuhu, terasa dah tercungap-cungap... tak sampai 1/3 perjalanan lagi.. Haha. tapi Imaan ngan Fad sangat memotivate kan aku. Eh kami. Salute lah.. Fad cakap, tgk makcik2 tu, pakai selipar je naik broga. Tu aso tu, siap pakai tongkat lagi.. Hahaha, yelah yelah...=p

Next, kena merentas hutan pulak. Mendaki sebab bukit tu keadaannya dalam 30 darjah dah. Ade yang 60 darjah.. Kaki sakit tapi ku gagahi jugak. Berhenti2 gak la.. Ala tapi xde stress pon.. bayangkan macam jalan kat mall.. hahaha..best bukan..

Dan stage yg last sekali tu bahaya sket. Kalau jenis yg gayat tu mmg takleh panjat aku rasa... Kena berpaut pada lalang-lalang rumput rumput tepi2 tu... Jangan pandang belakang. Sure gayat... Dan pada mase tu jem kat nak naik bukit tu.. siap ada pompuan chinese tu merayu2 kat aku, "tolong kakak, bagi saya turun dulu" hahaha.. best. Bila nak naik lagi ni..

Akhirnyaaaa, sampai jugak kami kat atas... tapi tak sepenuhnya atas sebab kesian kat Imaan.. dah penat dah dia. So, lepak2 jap, makan-makan.. Siap makan congo bars fad buat lagi kat atas tu... pastu turun...

Total perjalanan sejam naik sejam turun la... 

OK geng, bila nak naik lagi ni. Ketua Ekspidisi dah retired 9 bulan ke atas... ngehngehngeh...

tu bukit tu last stage. debu pasir sahaja... silap2 kalau kasut licin boleh jatuh..Masa turun kitorang siap gelongsor lagi..:) Nampak macam senan je kan... Tapi percayalah. nak naik tu kena panjat dan berpaut pada rumput2 dan lalang2.

Benti jap minum air..

Sunrise...

Melepak jap..

Mintak tolong ada sorang guy tu amikkan...:)




Imaan dah penat. Imaan ni sebaya Dani. 4 tahun.


Membawa nama Ukhuwah Blogger jauh tinggi ke atas Broga Hill..


aku dan Reen.. Serius gambar ni cantik... Dari kamera Mar...:)

ok habis dah...

Oh ye, aku sarapan pagi kul 6  pagi minum cinch Shake Latte je.. Alhamdulillah sampai ke atas takde le lembik.. hehehe.. Terima kasih Shaklee. Eh! :D


Thanks jugak kepada Fad sebab siap tapaukan rainbow cookies sorang satu bekas dan congo bars lagi.. dan sudi jadi ketua ekspidisi Borga ni..:) Meh peluk meh..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…