Tau tak jumlah pesakit kencing manis kat Malaysia ni dah mencecah 2.6 juta orang. Sangat bahaya statistik ni. Tu pasal dalam Bajet 2014, subsidi gula dikurangkan.. Hehe.. Gula jadi mahal.. RM2.90 kan 1kg..
Kencing manis ni adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ni belum ada ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis ni tapi ianya boleh dikawal dengan cara penjagaan makanan dan berat badan, kerapkan bersenam, ambil ubat atau suplimen dan pesakit kencing manis harus kurangkan makanan berlemak dan kalori dan wajib seimbang.
Tanda-tanda awal penghidap kencing manis :
1. Haus atau dahaga yang keterlaluan
2. Letih dan lemah otot.
3. Berat badan menurun
4. Penglihatan kabur
5. Gatal
6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
7. Luka yang lambat sembuh
8. Kerap kencing
9. Gatal pada kemaluan
10. Rasa kebas
Sape yang berisiko tinggi untuk mendapat penghidap kencing manis ni..
1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis ni.
2. Berat badan berlebihan atau obesiti
3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetis
4. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 4 kg atau lebih)
5. Tekanan darah tinggi
6. Tidak aktif. Gaya hidup yang tidak sihat
7. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
8. Mempunyai tahap lemak dan kolestrol yang tinggi
So korang, cuba sehabis baik k mengcontrol pengambilan gula korang. Aku dulu masa pregnant Dani kena. Alhamdulillah lepas bersalin xde dah. Masa pregnantkan Zara, terus beringat. Kot2 teringin nak makan manis2 or minum manis2, lpas makan or minum tu terus sulam ngan air masak bergelen-gelen.. haha.. xdelah bergelen..tapi memang banyaklah..
Kat sini ada sikit panduan pemakanan untuk penghidap kencing manis..
1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan
2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijiak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih.
5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit.
7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ni terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buhan dan sayur-sayuran. cthnya, susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng
11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya.
12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utmakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.
Selamat mengamalkan diet seimbang..:)
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
No comments:
Post a Comment