Monday, October 21, 2013

Hari Raya Aidiladha 2013 kami

First time balik kampung bertiga. Aku, Dani dan Zara. Alhamdulillah, dorang ok je dalam kereta. Papa dorang keje n ada interview on Wednesday. So, xyahlah balik. Plan asal nak balik ngan Kakyang. Last minute Kakyang cancel sebab dia nak keje. Aku dah cakap plak kat Ibu Ayah yang aku nak balik. Xsedap plak tetiba cancel kan... Ntah mana datang kekuatan, aku tercakap kat Enady yang aku nak balik kampung bertiga je. Nasib baik bagi. Tapi bersyarat. Kena balik waktu siang.

Geraklah aku naik kete dr Putrajaya kul 7.15 pagi. Ngam2 tiga jam perjalanan. kul 10.15 sampai.. haha, Ibu kata lajunya aku bawak kereta..:) hehe, tak singgah mana2. memang cepat ler sampai bu..

Sepanjang kat kampung banyak aku upload gambar kat instagram je. so dr instagram aku transfer ke sini lah..

 sempat lagi pegi pos barang customer.

 Raya Haji kali ni, ni saja adik beradik yang balik... yang bujang2 semua keje..:(

Pagi Raya Haji tu... hujan rahmat turun. Sedap betul kalau dapat sambung tidur kan.. tapi xbest lah raya2 bangun lambat kan... anak2 excited sebab dapat pakai baju raya.. hehe..

Disebabkan senang sangat nak buat cheesekut ni, aku buat kat kampung plak. bagi ibu ayah adik rasa. Sedappp kata dorang. Sampai repeat dua kali aku buat.. hehe..


Alamak, gambar dah tak ikut turutan dah.. Ni gambar Zara n Dani masa nak balik Putrajaya dah. Before balik tu hantar Maksu balik asrama dulu.. Untungla sekolah asrama dekat je. pastu ayah pulak keje situ kan..:)
 
Anak dara ni memangggg, pantang lepa sikit. ada je keje yang dia buat.. zara oh zara..

Menu special masa Hari Raya Aidiladha. Aku beli siap2 dah ayam kampung 3 ekor kat opismate.. RM13 sekor. kira murah lah kan.. sedappp plak tu. manisss je dagingnya. Rendang ayam ibu ni memang all time favourite aku lah... balik Putrajaya pun sempat aku request kat Ibu nak bawak balik rendang.Lemang tu pulak ehsan dari cik miza... terima kasihh.. sedappp.. takdan tgu esoknya raya, malam tu habis dah sebatang..

Sesi mengemas oleh anak dara!

Hehe, ni lah hobi ayah aku.. kapal terbang bersangkutan di mana2 kat dalam umah tu.. dah boleh jadi muzium dah.. hehe jgn marah ayah..:) Tengok budak dua orang tu... macam biasa, pantang nampak bende yang dorang xpernah nampak.. Akinya redha ajelah cucu main dalam tu.. hikhik..

Ok dah.. sekian cerita masa Raya Aidiladha aku tahun ini...Tak puas lak rasanya cuti 5 hari kat kampung... Rasa macam nak berpantang balik 3 bulan kat kampung dok ngan ibu ayah.. hehe.. Ok, jumpa lagi nanti...


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: