Tuesday, August 27, 2013

Raya pertama

Pagi Syawal semangat aku n anak2 bangun pagi sebab nak makan ketupat rendang... Riuh rendah mulut aku suh dani n zara mandi n siapkan dorang.. dah pakai cantik2 pagi raya, boleh tetiba xde mood nak amik gambo dorang. Kenapa ntah.

Aku pun tengahri baru pakai baju kurung. tu pon sebab ada orang kampung berarak. Tradisi orang kat sini. orang banjar panggil bara'an. yang lelaki je lah ikut. Lepas sembahyang raya, abah n en.ady terus pegi bara'an tu. Xde salam-salam n sesi bergambar macam aku kat Perak.. Huhu.. sentap jap aku ngan en.ady. padahal dah pesan, lepas balik masjid, salam-salam n bergambar.

Dani ikut papa dia bara'an. Yang tinggal aku, mak n Zara. tengok tv dari pukul 9 pagi sampai kul 1 tengahari. bayangkan. haha.. yang adik2 aku dah wasap gambo dorang gedik2 bergambor  n beraya. ciskek betul.

Lepas Zohor, sampai turn umah kitorang plak.. Segan lak nak amik gambo. hehe.. Petang, Dani tido, so zara plak ikut papa dia pegi bara'an.. Banyak gak dapat duit raya hasil bara'an ni. hehe..



Petang hujan di bumi jengka...

Masa hujan tu ada cousin en.ady datang beraya..

Zara je sempat aku snap dia pakai baju kurung. Dani ntah mana..

ok sekian cerita raya pertama.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: