Wednesday, April 3, 2013

Gelagat dua beradik



Aku perhati je gelagat dua beradik ni. Kadang-kadang baik sangat, kadang-kadang dah macam halilintar dah suara masing-masing. Biasalah kan, budak-budak tengak explore macam-macam time umur macam ni. Mama dorang pun asyik telinga keluar asap je.. haha..

Tapi sekarang perangai masing-masing, Ya Allah.. pengsan mama nak. Ni mama nak mengadu ni. Ni kalau korang dah besar, korang terbaca ni, cepat-cepat minta maaf kat mama yer.. Urut dada mama tengok perangai korang sekarang.

Asyiklah bercekau!

Jangan hairan yer, bukan abang yang buli adik. Tapi ADIK yang buli abang!!

Abang tengah syok-syok landing depan tv sambil minum susu, adik datang kacau abang, korek telinga abang, cucuk mata abang, hempap badan abang. Yang si abang menangis jelah yang bolehnya. Kalau tengah mood dia baik, abang takde melawan. Cuma menangis sambil "mama... mama... mama.... Ara buatt.." Mama pun pujuklah abang.. pastu diam. Kalau mood dia xbaik, habis dilempangnya adik.. Aduhaii, bukan sipi-sipi dah, tepat terus tang pipi. Sudahnya dua-dua nangis.



Malam tadi, ntah mana adik jumpa cotton bud, dikoreknya telinga abang dia. kahkahkah, terdiam mama sekejap. Haha, betul-betul pengaruh mama..:) Adik try test kat abang dia plak.. hikhik.. adik adik..


Terhibur gak tengok keletah abang ngan adik ni. Selagi dorang gaduh tak bertumbuk kuat, tak lempang, tak tolak sampai jatuh terlentang, mama tengok je lah yer.. Bukan apa, nanti dorang senyap sendiri. tiba-tiba kang adik baik, adik cium abang, abang plak baik, abang pujuk "dah dah dah.." sambil peluk adik. Bagi mainan, main sama-sama.. huh, kalau all the time macam ni kan bagus. mama pun senang hati. Takat tolak sikit2 tu biasalah gaduh adik beradik kan..


Love both of you! Muah!

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

5 comments:

antalya said...

cantik rambut ana hahahahaha.
situasi ank2 sy di sebaliknya. kakak yg selalu buli n sakitkan adik boy dia.

sihatbyMAMAELLY said...

hihihi komen sama ngan komen yun.. cantik rambut!! hihihi

bila la nak berasa ada anak anak..

Ana Lyana said...

@sihatbyMAMAELLY

hahaha, cantik kan rambut baru ana..=p

Ana Lyana said...

@antalya

huhu, yun.. adik ganas sangat ni. xpadan ngan pompuan..

Maria Rajab said...

mcm marissa dan aqil...