Tuesday, October 16, 2012

Home Birth



Our First Homebirth Journey


Alhamdulillah hari ini sudah hari ke-10 sejak saya melahirkan cahaya mata keempat pada 5 October yang lepas. Syukur kepada ALLAH SWT kerana memberi izinNYA untuk saya menikmati saat kelahiran yang begitu berbeza dan membahagiakan kali ini. Syukur kepada ALLAH SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang atas kurniaan rezeki dan nikmat yang tidak putus buat diri ini dan juga anak-anak saya. Saat ini yang saya harapkan ialah saya dapat membawa satu pengalaman yang mungkin dapat memberi inspirasi buat ibu-ibu dan bapa-bapa lain yang bakal menempuh detik kelahiran untuk kali pertama atau pun mungkin untuk kesekian kali dalam hidup ini :)

Saya mengambil masa yang agak lama (10 hari) sebelum dapat menulis dan berkongsi berkenaan kelahiran kali ini kerana seperti anak-anak yang lain juga, hari-hari terawal selepas kelahiran ialah hari bulan madu antara saya dengan baby. Yes bulan madu atau babymoon period :) Seperti mana pasangan baru bernikah yang menikmati saat berbulan madu tanpa gangguan, begitulah saya dalam tempoh babymoon. Itulah saat untuk saya dan baby bermesra, bersentuhan tanpa gangguan, berkenalan dan yang paling utama untuk baby MENIKMATI SUSUIBU sepuas-puasnya tanpa halangan dan gangguan.

Sebenarnya sejak sedang hamil anak ketiga lagi saya sudah mempunyai keinginan untuk melahirkan bayi dalam keselesaan rumah sendiri. Sebab yang utamanya ialah kerana saya diberi kemudahan oleh ALLAH untuk melahirkan bayi tanpa perlu mengambil sebarang ubat atau drugs semasa melahirkan anak pertama dan kedua. Malah semasa anak yang kedua lagi saya sudah diberi kemudahan oleh ALLAH untuk melahirkan bayi tanpa di monitor oleh doktor atau nurse, walaupun ketika itu saya berada di hospital. Ketika itu saya berasa ingin meneran, bila nurse datang dan check, rupanya kepala baby dah nak keluar (dah crowning). Saat saya tiba di labor room, kepala baby dah pun keluar, dan saat suami saya tiba di labor room, anak kedua saya dah pun keluar dengan selamat...semuanya berlaku dengan mudah dan pantas.

Jadi dengan sebab itulah saya berkeyakinan bahawa saya mampu utnuk melahirkan anak ketiga di dalam keselesaan rumah sendiri. Tapi pada waktu itu, saya tiada maklumat langsung mengenai bagaimana nak melakukannya, dan saya tak tahu bahawa perkara ini dilakukan oleh ramai ibu-ibu di negara Eropah dan US. Setelah kandungan mencecah 34 minggu barulah saya ditemukan oleh ALLAH SWT dengan seorang sahabat yang berjaya melahirkan bayi pertama beliau di kediaman mereka tanpa sebarang bantuan perubatan. Waktu itu saya telah tekad untuk melahirkan bayi ketiga kami di rumah namun suami tak mengizinkan. Walaupun begitu, sekali lagi saya melalui detik kelahiran yag mudah dan natural semasa melahirkan anak ketiga, walaupun ia dilakukan di hospital.

Kehamilan keempat


Pertama kali saya mengesan kehadiran bayi keempat di dalam rahim saya ialah apabila saya mendapat jangkitan salur kencing (UTI) pada sekitar hujung February 2012. Pada mulanya saya sangka saya mendapat UTI akibat terlebih makan protein. Saya mengelak untuk mengambil sebarang antibiotik pada waktu itu dan memilih untuk merawat secara alami iaitu dengan meminum air rebusan barli tanpa gula, dan memakan pati buah cranberry. Alhamdulillah UTI saya sembuh, dan selepas itu saya terdetik hati nak buat ujian kehamilan. Dan ternyata detik hati seorang ibu itu benar, saya hamil lagi pada ketika anak ketiga kami berusia setahun sebulan. First thing yang terlintas di fikiran saya waktu ialah : "this baby will be delivered at home, inshaALLAH" :)

Seperti kehamilan sebelum ini, saya menghadapi detik mencabar pada awal kehamilan. Saya mendapat hyperemesis gravidarum sehingga usia kandungan mencecah 7 bulan. Setelah usia kandungan 28 minggu, barulah saya sihat dan hyperemesis saya berkurangan kepada fasa emesis gravidarum. Dan bermula saat itulah baru saya mulakan menimba ilmu berkenaan kelahiran alami dan sejahtera (gentle birthing). Saya tak berkesempatan nak menghadiri sebarang kursus secara formal kerana faktor kewangan dan juga availability. Lalu saya merancang untuk mengadakan beberapa bentuk meeting dan sharing session sebagai langkah untuk menimba lebih banyak info berkenaan Gentle Birthing.

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/579802_432337720137128_2009898407_n.jpg
Birth buddies pot luck meet-up session


Alhamdulillah pada 30 September 2012 satu gathering berkonsepkan sharing session telah di adakan di rumah kami. Terlalu banyak ilmu yang dapat kami timba pada hari itu, dan yang paling awesome ialah suami saya turn to 100% confident to become the doula during our birthing party ;) Sungguh saya berterima kasih dan terhutang budi kepada para encik suami kepada ibu-ibu hebat yang telah memberi tunjuk ajar dan keyakinan kepada suami saya untuk melakukan home birthing :)

Sekali lagi perjalanan saya di atur cantik oleh ALLAH apabila Barbara Harper iaitu pengasas teknik waterbirth hadir ke Malaysia untuk sesi lawatan mesra. Saya sempat menghadiri satu sesi ramah tamah dengan beliau, di mana sesi ini berlangsung selang beberapa hari saja sebelum tarikh EDD saya ;)




https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/384192_432338200137080_529551346_n.jpg
Barbara Harper meet and greet session, TTDI (few days before birth)

Memandangkan sejarah 2 dari 3 anak saya sebelum ini lahir lewat 2 minggu selepas tarikh EDD, maka saya langsung tidak membuat sebarang persiapan dari segi fizikal seperti pakaian baby, jamu bersalin, dan sebagainya. Satu-satunya persiapan yang saya buat ialah membeli birth pool ;) Saya jangka baby kali ini juga akan overdue macam abang dan kakaknya ;p

Pada 3 October 2012, saya pulang ke rumah ibu saya untuk mendapatkan kain batik untuk kegunaan semasa berpantang. Ibu saya adalah seorang bekas jururawat perbidanan KKM. Sempat ibu saya membuat sedikit pemeriksaan terhadap kandungan saya. Kata ibu waktu itu kepala baby dah engage, kelahiran boleh berlaku pada bila-bila masa. Malah ibu saya berpesan, segera ke hospital bila datang tanda bersalin...saya iye kan saja tanpa jawab apa-apa, sebab ibu saya tak benarkan saya bersalin di rumah :)

5 October 2012, Jumaat.

Saya sangat yakin bahawa baby takkan keluar pada hari ini...namun ternyata jangkaan saya meleset. Perancangan dan aturan ALLAH untuk saya lebih indah dari apa yang saya visualize dalam fikiran :)

Setelah suami ke pejabat, saya sambung tidur dengan lenanya. Lebih kurang dalam jam 12 tengahari, saya terasa satu gushing..saya sangkakan saya terkencing sambil tidur ;p lalu saya cepat-cepat bangun dari katil dan nak ke washroom. Turun saja dari katil, makin banyak air yang keluar. Kebetulan saya sedang berdiri atas comforter yang bersepah atas lantai, jadi saya dapat lihat dengan jelas warna air yang keluar dari saya - HIJAU - iaitu air ketuban dengan meconium stain...menandakan my little munchkin sudah matang di dalam dan sudah mampu membuang stool dengan sendiri, tanpa melalui placenta. Berbeza dengan baby sebelum ini, saya tidak pernah mengalami air ketuban pecah, sebaliknya saya telah di AROM kan iaitu air ketuban saya dipecahkan dengan secara bukan semula jadi oleh doktor. Justeru saya sedikit panik bila mengalami air ketuban pecah, tambahan pula ada meconium stain. Saya capai teleon dan seger WhatsApp sahabat saya yang dalam pembikinan untuk menjadi seorang doula bertauliah. Beliau meminta saya bau liquid yang keluar, alhamdulillah..no foul smell ;)

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/255595_432915380079362_1912173412_n.jpg 
 Air ketuban yang keluar dengan kesan meconium.
Saya terus ambil handphone dan minta suami pulang sebab air ketuban dah pecah. Walau pun air ketuban saya ada meconium stain, tapi ia takde bau...jadi saya yakin takde apa yang bahaya. Malah baby pun cergas bergerak macam biasa, jadi saya sambung tidur semula.
Dalam jam 2 petang suami saya sampai dari pejabat, beliau kejut saya bangun dari tidur dan bertanya adakah saya OK, saya jawab sangat OK la sampai boleh lena ;)
Lepas solat zohor, baru saya teringat barang baby apa pun tak beli lagi...hoho..dan dalam purse saya ada cash voucher Jusco bernilai beberapa ratus dan coupon Kenny Rogers Roasters. Saya terus ajak suami pergi Jusco untuk shopping lepas tu nak makan KRR sebelum bersalin. Suami saya terus bantah ajakan saya. Mujur juga saya tak keluar sebab membrane dah pecah, sepatutnya saya duduk rumah tunggu baby lahir sambil tu kena minum air banyak :)
Jadi suami saya dan anak-anak je yang keluar shopping. Saya sambung tidur lagi. Sekejap-sekejap suami akan BBM tanya condition saya, tapi saya tak jawab pun, saya tidur je. Dalam jam 4 petang suami dan anak-anak balik dengan KRR free, yumm yumm seronok betul..siapa tak suka makanan free kan ;) So its makan time, half bird KRR dengan side dishes habis setengah portion di makan dek saya...alhamdulilah :)
Sehingga jam 5 petang, saya langsung tidak berasa sebarang contraction. jadi saya teruskan makan dan tidur. Saya menunggu jugak bila lah nak contraction ni, sambil saya meminta suami memeriksa bahagian laluan kelahiran mana tahu ada berbeza, suami saya cakap takde beza apa pun, sama saja..hehehe. So saya sambung tidur lagi sebagai persediaan reserve enrgy untuk menghadapi kelahiran aktif.

Contraction bermula

Saya tersedar dari tidur pada jam 6.30 petang setelah merasa contraction yang pertama sejak air ketuban pecah. Lalu saya mulakan atur pernafasan untuk memastikan uterus terus mendapat bekalan oksigen yang optimum. Sambil-sambil tu anak sulung kami tak berhenti datang jenguk saya di bilik sambil tanya : "Baby dah keluar ke? kenapa la lambat sangat...?"...he keeps on repeating that. Memandangkan ini kelahiran keempat, rasa contraction bukanlah sesuatu yang baru bagi saya. Dalam pada menghadapi contraction, saya bebas menjalankan aktviti yang saya sukai di rumah. Saya makan dan minum dengan berselera sekali sambil sekali sekala menjenguk internet. Saya mula menyapu EVCO pada perineum dan turut meminum bersudu-sudu EVCO. Dalam kepala saya mula memvisualkan keadaan perineum yang tebal dan elastic sewaktu crowning process.
Menjelang maghrib, contraction semakin kerap dan intense. Saya mempraktikkan teknik pernafasan yang dipelajari dari kawan-kawan group Gentle Birthing Malaysia. Alhamdulillah saya dapat hadapi contraction dengan tenang dan tanpa rasa sakit :)
Selepas solat maghrib, suami saya segera meng-inflate birthing pool untuk persediaan waterbirth. Sambil itu saya teruskan minum air sambil makan vitamin C dan tablet Alfalfa serta Extra Virgin Coconut Oil. Saya berpesan kepada suami supaya jangan  isi dulu pool dengan air sebab bimbang anak-anak akan datang dan berenang dalam pool tu. Waktu itu, anak-anak kami letakkan di ruang tamu dan saya di asingkan di dalam master bedroom - tempat birth party kami :)
Cadangnya saya nak minta salah seorang dari sahabat saya; Ayuni dan Melor untuk datang. Tapi memikirkan hari sudah malam dan mereka pula ada anak kecil, saya tangguhkan dulu plan nak call mereka. So suami saya telah multi-task dengan jayanya : menjaga anak, menyediakan tempat untuk birth party, menyediakan makanan saya, dan menyiapkan diri untuk menjadi bidan pada bila-bila masa.
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/535807_361684433915695_695200074_n.jpg
Pool inflated and time to fill it with water, sambil saya berada atas katil menguruskan surges ;)
Pada jam 8.45 malam, saya meminta suami untuk mengisi pool dengan air. Sambil menguruskan contraction dengan teknik pernafasan yang betul, saya meminta suami untuk menekan beberapa titik di tulang pelvik dan tulang belakang untuk memberi kesan melegakan semasa contraction. Saya teruskan meminum air suam. Sekali sekala saya minta suami bawa Umar masuk untuk saya mendakap dan menciumnya. Saya rasa amat tenteram sekali bila dapat memeluk Umar. Setiap kali contraction datang, saya akan cium rambut dan pipi Umar, alhamdulillah sangat melegakan dan menenangkan. 
Saya bercadang untuk tidak memasuki air terlalu awal. Oleh itu pada kebanyakan masa contraction berlaku, saya berada di atas katil sambil sekali sekala memeuk Umar dan suami pula melakukan urutan di tulang belakang berdekatan pelvik. Pada jam 9.30 malam saya mula memasuki air. SubhanALLAH, being in water during surges is really comforting, its like I lost 70% of contraction tense when i am in water. Alhamdulillah pool kami besar, boleh muat 5-6 orang dalam tu. So saya boleh float sambil baring dalam pool tu, sangatlah selesa. 
Starting from that point, saya terus berada dalam pool sehinggalah saat contraction datang setiap selang dua minit. Waktu tu saya minta suami saya untuk call best friend saya datang untuk tolong jaga anak. So suami pun call dia dan alhamdulillah best friend saya memang sedang on the way dari rumahnya. Dalam masa yang sama ibu saya tak berhenti call bertanya : "dah sampai hospital ke belum?"...kehkehkeh ;p
Ketika jam menghampiri jam 10malam, saya tiba-tiba berasa nak muntah. Dua kali saya muntah dari dalam pool. Biasanya bila saya muntah begitu, baby dah hampir nak keluar. Namun sebab saya berada dalam air mungkin, saya tak berasa pun macam ada urge nak meneran atau rasa baby nak keluar, jadi saya pun teruskan terapung dalam air sambil menguruskan rasa contraction dengan teknik pernafasan.
Dalam pukul 10 malam, suami saya keluar dari bilik meninggalkan saya seorang diri dalam pool, alhamdulillah saya OK je. Suami saya keluar sebab anak-anak saya bising masa tu. Setelah suami saya keluar tu, tiba-tiba saja dengan tak tahu apa sebab musababnya, saya melompat keluar dari pool dan naik ke atas katil. Saya cuba nak tidur, tapi tiba-tiba saya rasa nak duduk dalam position hands and kneels (merangkak) sambil badan dan muka di alas 4 biji bantal. Saya pegang bahagian bukaan dan saya rasa something sedang keluar, guess what, its CROWNING phase. Saya telah sentuh kepala bayi saya!! Dan dalam masa yang sama suami saya masuk bersama Umar. 
Saya beritahu suami dengan nada selamba : "Its baby's head, its crowning, please take a nappy to hold him" lepas tu saya teruskan dalam posisi merangkak, saya teruskan bernafas. 
Suami saya pun update : "ok bahu dah keluar..keep breathing and relax"
and few minutes later suami saya maklumkan ; "alhamdulillah baby dah selamat lahir"
saya segera duduk dan toleh ke arah suami, saya lihat baby dalam dakapan suami membatukkan cecair jernih dan lendir jernih keluar dari mulut dan hidungnya, kemudian beberapa saat selepas itu dia menangis, alhamdulillah walaupun bayi sudah mengeluarkan meconium semasa dalam perut, tapi bayi saya lahir dalam keadaan normal, membatukkan cecair dengan sendiri dan menangis dengan kuat. Naluri saya tahu bahawa bayi saya sihat dan selamat :)
https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391583_433917356645831_73754793_n.jpg 
Fresh from the oven 
Semuanya berlaku sangat pantas, bayi lahir sambil Umar menyaksikan semuanya :) dan selepas itu suami saya panggil anak-anak yang lain untuk masuk. Anak sulung saya masuk, tapi yang kedua taknak masuk. Sejurus selepas tu best friend saya call untuk follow up keadaan saya, suami maklumkan yang saya dah bersalin.
Umbilical Cord and birth of placenta.
Sejurus selepas selamat melahirkan, saya segera ambil bayi untuk latch kepada breast untuk initiate breast feeding. Saya check keadaan tali pusat, alhamdulillah it is long enough untuk saya bawa baby ke breast tanpa ia terlalu tegang. Waktu ini placenta masih belum di keluarkan. Saya segera membawa baby untuk latching sambil suami mengazan dan mengiqamatkan baby. Anak sulung saya memberikan air kepada saya, Umar pula berebut nak juga latching macam adiknya :)
Placenta berjaya dikeluarkan secara natural dengan selamat pada jam 2.20 pagi, kira-kira 4 jam selepas baby dilahirkan. Setelah placenta di keluarkan dengan selamat, saya bersujud syukur dalam tangisan kecil, kerana akhirnya segalanya selamat dan sempurna. Suami saya letakkan placenta tersebut ke dalam besen yang telah disediakan dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin. Kami bercadang membawa placenta tersebut untuk diperiksa oleh gynae pada keesokan hari.
Malam itu saya tidak mandikan bayi, saya biarkan saja anak saya diliputi dengan verniks. Setelah uri dikeluarkan, saya segera membersihkan badan dengan hot shower, kemudian suami pula bersihkan tempat lahir tadi, sediakan tempat tidur dan deflatekan birth pool tempat water birth tak jadi saya ;p. Saya habiskan sepanjang malam dengan berehat sambil menyusukan baby. Baby saya tidur atas saya sepanjang malam sambil menyusu. Segala panggilan telefon di jawab oleh suami saya. Alhamdulillah sahabat baik saya ada pada malam itu untuk tolong menjaga anak-anak saya yang lain.
Esoknya kami masih tak pergi ke klinik atau hospital. Saya habiskan keseluruhan hari Sabtu dengan menyusukan baby sambil berehat. Petangnya suami saya membuat laporan polis berkenaan kelahiran kami, polis pun sangat supportive dan bertanya jika kami perlukan bantuan dari segi ambulans dan sebagainya.  
Kami hanya ke klinik pada hari ketiga kelahiran. Gynae memeriksa keadaan placenta dan mengesahkan ianya berada dalam keadaan whole and intact (keluar sempurna) dan tali pusat bayi yang bersambungan dengan uri pula telah kering menjadi seperti spaghetti warna hitam. Kami akhirnya memotong tali pusat berkenaan pada bahagian tengah. Maka uri ditanam pada hari ketiga kelahiran.

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/190367_436485849722315_169291082_n.jpg
Tali pusat dah kering tapi masih bersambung dengan uri yang berada dalam bekas hijau di sana. Kami potong tali pusat pada hari ketiga. Bayi kami hanya menggunakan flat nappies sepanjang masa. Alhamdulillah sangat mudah dan convenient :)


Gynae turut membuat scan untuk melihat jika ada sebarang tingggalan uri atau apa-apa di dalam rahm. alhamdulillah semua clear, malah darah beku dalam rahim juga sangat sedikit. Baru saya teringat yang semasa melahirkan uri, ada darah beku (clot) sebesar tapak tangan yang keluar sekali. Lepas daripada itu memang takde dah darah beku keluar. Gynae memeriksa perineum untuk melihat jika ada tear, alhamdulillah hanya sedikit tear pada perineum yang tidak memerlukan jahitan. Alhamdulillah teknik visualisation saya berjaya menangani isu tearing pada perineum ;)
Saya tidak mengambil sebarang jamu atau ubat selepas kelahiran walau ia dilakukan di rumah sendiri. Saya hanya meneruskan pengambilan EVCO, multivitamin, vitamin C dan alfalfa sebagai ikhtiar untuk membantu pengecutan rahim secara alami.
Tali pusat bayi pula dibiarkan kering sendiri tanpa perlu clamping or whatsoever, dan ia luruh sendiri pada hari kelapan selepas kelahiran.
Pada hari kesepuluh, juru rawat Klinik Kesihatan datang untuk memeriksa saya dan baby di rumah ibu, alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan hebat. Rahim saya sudah mengecut ke saiz asal, bayi saya tiada jaundice, pusat juga normal dan segalanya berada dalam keadaan normal, alhamdulillah.
Setiap kelahiran anak saya ada terselit keunikan tersendiri :
  • Anak sulung saya - kelahiran paling remarkable kerana anak sulung :)
  • Anak kedua saya - unik kerana dia adalah anak perempuan saya yang pertama :) malah saya melahirkannya dengan mudah, alhamdulillah.
  • Anak ketiga saya - overdue hampir 3 minggu, dan dilahirkan dengan mudah tanpa induce, tanpa sebarang interventions.
  • Anak keempat saya - bayi pertama yang saya lahirkan di rumah sendiri :)
Alhamdulillah saya hari ini ialah ibu kepada 4 orang anak. :)
Alhamdulillah akhirnya saya dapat merasai betapa indahnya kelahiran, dan betapa ia boleh berlaku dalam keadaan yang sejahtera. Sangat berbeza dengan keadaan semasa di hospital di mana saya tidak dibenarkan untuk minum pun bila sudah memasuki fasa active birthing. Kali ini saya bukan saja dapat bergerak bebas semasa active birthing, malah saya dapat makan dan minum, ke tandas dengan bebas, malah berendam dalam air suam sambil sekali sekala terapung dalam suasana keselesaan rumah sendiri sehingga detik bayi dilahirkan. Malah proses penyembuhan juga berlaku jauh lebih pantas berbanding kelahiran sebelum ini. Kelahiran sejahtera inilah yang dijalani oleh Maryam ibu nabi Isa a.s dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan, kerana saya telah melaluinya dan tidak hesitate lagi untuk melaluinya sekali lagi di masa akan datang, kerana akhirnya saya tahu betapa seronoknya melahirkan baby secara sejahtera :)
**tak banyak gambar yang dapat saya kongsikan kerana dalam keadaan tiada siapa membantu semasa kelahiran, suami saya tak sempat nak ambil gambar. Ada beberapa keping yang tak sesuai dikongsikan dengan umum, hanya untuk simpanan dan kenangan peribadi sahaja :)



 # Copy paste from : http://superibu.blogspot.com/2012/10/our-first-homebirth-journey.html

Thanks Ummu Sofiya yang bagi link ni kat UB.. Memang betul2 hebat..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

4 comments:

Cik Dee said...

tiada yg mustahil :)

Hanani said...

masa nani baca entry ni sangat speechless..

kaSih.CinTa.GadiS said...

Ank 1st st dah melalui ceaserian.. Xmungkin sy dpt buat homebirth kan? (*_*)

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

Dalam perancangan utk melakukan yg same seperti puan.
Amazing story :)

Btw.Boleh sy tau di mane nak dapatkan birth pool?