2 tahun 7 bulan si dia..:)

 Alhamdulillah..

Walaupun kesihatan Dani adakalanya baik adakalanya kurang baik, dia tetap membesar sempurna macam orang lain. Perkembangannya pun sangat mengujakan aku.

Checklist perkembangan dia di 2 tahun 7 bulan ni :

- dah mula cakap panjang2. maksudnya dia dah pandailah cakap ayat penuh, tapi still bahasa German lagi lah. Ada yang aku faham, ada yg aku tak faham. Yang tak faham tu faham-fahamkan aje.. Selalunya Dani suka bercakap ngan papa dia. Tapi papa dia tak faham. Bergaduhlah dua beranak tu. Aku dlm bilik tgh susukan Zara, nak gelak je.. kahkahkah.. Kan aku yang selalu ada ngan Dani. Jenuh aku jadi tukang translit utk Enady.. Kuasa ibu di situ..:D

- faham arahan. Mula-mula rajinlah. sekarang ni dah nampak dah malas dia tu. Contoh, baru lepas mandi, suh amik towel n bedak. Boleh dia duduk, pastu dia nyanyi-nyanyi. Bukan dia tak dengar aku cakap.. Huh, bikin panassss..:)

- pagi-pagi sampai je opis, mesti mintak nasik. Ahaa, akibatnya, dah 2 minggu ni aku turun cafe bawak dua 'handbag' tu plus beg2 sekolah dorang. Nasib baik abang dah behave. Maaflah ye Dani, mama ko ni kurang rajin sekarang. Atenye, bangun kul 5 pagi. Terus berdesup buat itu ini, sebabnya malamnya aku tido awal tidokan Zara. Selalu plan nk bangun lpas tu, selalu jugak tak terbangun. Hahaha..

- malam-malam pun mesti mintak nak makan. tak nasik dia sebut, roti. Dua benda ni mesti kena ada malam-malam. Kalau tak masak, bagi biskut je kat dia.

- Dah pandai tunjuk protes dah. Tak dapat apa yg dia mintak, mengamuklah dia. Selalu papa dia yg kena. papa dia jenis lembut hati sket. Ikutkan aje.. Tu yang dia naik kepala. Ngan aku, jangan haraplah, klu tak boleh tu, tetap tak boleh. Mengamuklah ko kat situ. Kalau papa dia ada, papa dia lh yg pujuk.

Tu je yg aku ingat setakat ni. Lain-lain, mcm biasa je. Melasak bukan main. Maklumla umah atas kan. Jumpa tanah, apa lagiiii.. lu fikirlah sendiri..=p



Okey abang. Walau nakal macam mana pun abang, mama ngan papa tetap sayang abang tau. Abang tak sihat je mulalah mama ngan papa susah hati. Abang jangan demam-demam lagi k.. Nanti cuti sekolah kita balik umah Aki, Nenek k.. Atok ngan nenek Pahang, kita jumpa raya haji nanti ya..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

antalya said...

tak rajin tolong mama tp dani rajin layan adik zara kan. rajin tolak walker adik

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...