Tangan yang memberi lebih dari tangan yang menerima

Di bulan yang baik ni, mari kita menderma..yang penting ikhlas..

*****************************************

Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/Puan,

MEMOHON DERMA/ SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU AS-SOLIHIN BANDAR PUNCAK UTAMA KAJANG.

NO. KELULUSAN JAIS : JAI.BPM/01/015/7 Jld 1 (3)
NO. KELULUSAN MAIS: (2) MAIS/SI/BHB/01-3/009/4/2-92

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Jawatankuasa Surau As-Solihin sedang mengumpul dana untuk tujuan membina sebuah surau seperti yang tercatat di atas. Kos bagi pembinaan surau tersebut dianggarkan sebanyak RM400,000.00 [Ringgit Malaysia : Empat Ratus Ribu Ringgit].  Sebarang sumbangan dan derma ikhlas adalah amat diharapkan untuk menjayakan projek ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau atau secara Bank-In/Online ke akaun berikut:

Nama Pemilik Akaun                : Surau As-Solihin
Nama Bank                              : Bank Muamalat
No. Akaun                                : 1210-0000534-71-9

Dilampirkan surat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Senarai nama Ahli Jawatankuasa Surau untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Jika pihak tuan memerlukan salinan resit pembayaran derma, sila SMS, e-mail atau hubungi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Solihin

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan Rahmatnya di atas sumbangan derma ikhlas pihak tuan dan puan. 
Amin.  Sekian terima kasih.

Maklumat terkini Surau As-Solihin boleh layari : http://www.facebook.com/pages/Surau-As-Solihin-Bandar-Puncak-Utama-Kajang/200172913404430

Yang benar,

SHAMSUZLAN
Pengerusi Pembinaan Surau As-Solihin
Bandar Puncak Utama, Kajang, Selangor

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Solihin:

Pengerusi                 : Shamsuzlan (013-6357272) - shamsuzlan@upkkl.com
Timbalan Pengerusi   : Ust. Tarmizi   (012-6879149)
Bendahari                 : Syed Ahmad (012-3225796) - mrzali@gmail.com
Setiausaha                : Zailan            (013-3530105)

****************

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.


"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."Al-Saba, Ayat:39

Kredit to Ceera

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...