Tuesday, July 3, 2012

Dani cakap-cakap #2

Semalam masa lepas Maghrib, dok lepak ngan anak-anak kat depan tv. Sambil ngadap citer yang aku tak berapa nak follow tu. #DejavuDiKinabalu. Bila dah tertengok sekali, terus rasa #eh esok kena tengok lagi ni. Macam best pulak. (apa kena aku taip sekali ngan hashtag ni, pengaruh twitter. geleng-geleng kepala)

Masa tengah syok layan tv, tiba-tiba bersambung... haha.. dah kul 8 rupanya. Maghrib sekarang kan 7.30 dah. pung pang pung pang, tinggal  15 minit jerlah kot citer tu.

ok, nak citer ni sebenarnya..

Dani tengah membebel ntahapaapa sensorang..Main lah tu. Sekali dia tunjuk diri dia sambil cakap..

"Abang.. abang.. abang.."

Banyak kali seh dia ulang..

Lepas tu dia tunjuk Zara..

"Adik.. adik..

Lepas tu aku tunjuk aku pulak..tanda aku tanya aku siapa..

"Ammaaa.."

So comelll abang Dani.. Tang dia panggil adik tu yang aku terharu. Selalu dia sebut.. "A aa"  mean Ara aka Zara.

Banyak kali aku suh dia ulang.. Aku tunjuk dia cakap. Amazing! Dia dapat pickup semua dgn cepat. Aku tak tau mana dia belajar. Sebelum ni adala aku ajar sekali lalu je. Ni adik. Zara ni adik tau. Pastu bila time kita ajar tu, bukannya dia nak ikut. Dia macam PakNgah dia. Buat dek je apa orang cakap. Tu yang aku terharu lebih tu bila dia tetiba cakap macam tu..

Mulai hari ni, mama ngan papa panggil Dani Abang tau.. Cute! Nanti Zara pulak panggil abang.. :D


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: