Tuesday, June 26, 2012

Andai duit hinggit boleh berkata-kata

Suatu pagi yang hening bertemulah duit satu hinggit dengan duit lima puluh hinggit. "Amboi.... ceria nampak ? hari ni ada rancangan nak pegi mana?" Tanya duit satu hinggit.

Lima puluh hinggit menjawab ” Aku nak  pergi merata tempat. Cadang nak shoping kat Tesco pastu pergi stadium tengok bola..atau nak beli tiket nengok wayang.....kamu pulak macam mana satu hinggit??

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Bayangkan diri kita..tak kisah nak berbelanja besar kat pasaraya atau tengok konsert hiburan tiket mahal pun tak apa janji seronok, tapi kalau nak derma lima ringgit ke..? atau sepuluh ringgit ke..? dan-dan kena pakinson asyik-asyik sejak 20 tahun lalu satu ringgit saja tak pernah naik-naik.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

aziyana said...

tp yg sedikit itu la yg boleh membawa ke syurga

LydSunshine said...

Ouchhh... sentap..sentap... kenapa ye kita selalu rasa berat nak letak duit rm50 kat kotak derma? Huhu..