Newborn: welcome to parenthood! |
| ||||
|
|
|
Laman web BabyCenter pun dah tak tunjuk gambar baby dalam perut sebabnya hari ni adalah due date bagi adik baby keluar..:)
Tapi adik baby takmo kuar jugak lagi..
Syok ye dok dalam tummy mama ni..
Sebelum ni berdebar-debar nak tunggu tarikh 13 Mac ni. Tapi sekarang, dah tak berdebar dah. Redha ajelah bila2 masa adik baby nak keluar.. Mama dah ready!
Hajat di hati nak sama ngan abang dia 11 Mac ari tu. Tak keluar jugak. Pastu tunggu esoknya, nak tarikh cantik, 12.3.12. Pun tak keluar jugak adik baby.. Sampai tarikh due date pun masih lagi adik baby syok dok waving n mengeras je..Hehe.. Suspen lah mama! Bila ni adik baby mahu keluar? tak kisahla adik baby, janji adik baby sihat dan baik2 saje dalam perut mama ye...:)
Check up 40 minggu hari Khamis ni.. Mintak2 lah masa tu adik baby dah keluar sebab Ibu kemungkinan hari Khamis balik kampung dah. Bawak abang baby sekali.. Dah lama Ibu kat sini. Seminggu lebih. Ayah kat kampung dok mengadu kain baju banyak nak basuh, Ika asyik makan meggi je.. hehe, sian pulak.. Ayah tu mana pernah Ibu lama-lama takde di sisi..Sweet! :)
Aku? Bila ibu dah balik nanti, pandai2 lah kami laki bini... Berdikari.. Ibu cakap, kalau dah bersalin bila ibu takde kat sini, cepat2 uruskan uri dan apa2 yang patut. Then, bila balik kampung, jangan malam-malam. Bertolak pagi-pagi.. Tak baik untuk baby bila sampai kampung malam.. tu semua plan B lah. Tapi aku harap-harap adik baby keluarlah sebelum Ibu balik.. huhu.. Tak reti lagi nak mandikan baby kecik2 tu...
T_T
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
1 comment:
baby sonok dalam perut lagi..
Post a Comment