Friday, December 9, 2011

26 weeks check up

Berat naik 1.9kg... kuang kuang kuang.. Ni penangan durian ngan rambutan lah ni. Dalam masa dua minggu aku balik kampung. Balik Pahang, durian ngan rambutan. Balik Perak pun durian ngan rambutan.. Nanti balik Perak hujung bulan ni amik Dani, ibu cakap buah duku pulak nak masak dah.. phewww..mau tak naik melambung-lambung berat aku..hehe..

Tapi dakwat pen kat buku still kaler hitam lagi.. tak merah pun. Yang merah nya tang Hb, turun lagi. Dari 10.8 mg ke 10.4 mg. Aduhaii.. aku lupa nak makan buah jambu semalam.. Ubat iron tu aku tak lalu la nak makan. Bila makan je confirm muntah balik.. Sekarang kena makan 2 biji ubat tu.

Yang lain-lain ok, cuma kena repeat minum air gula on 28 weeks nanti.. Sanggup tak sanggup, telan saje lah..:( Harap-harap normal lah nanti bacaan nya. Tak larat nak buat BSP.. Kalau kena buat jugak, kena buat surat permohonan kat Jue lah ek nak pinjam alat tu... Haha.. Aku sewa boleh Jue, sampai bersalin? =p

Jantung baby ok. Tinggi rahim pun ok.

Mula-mula kami laki bini decide taknak tengok gender baby. Konon-konon nak suprise. Tapi bila dapat tau ada promotion kat kat Klinik Maria Putrajaya ada buat promotion 3D around 35-40 hengget je, terus buat permohonan kat Enady. Diluluskan..Appointment Ahad ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments: