Thursday, November 24, 2011

sharing~ SEMUT

Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Dia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’
 






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

Myra Jay said...

cantik le semut2 tu. macam2 kaler ada. leh try wat sndiri ni kat umah