Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha..:)

Beraya di kampung halaman kali ni. Sepatutnya turn balik raya Pahang, tapi disebabkan Enady tak dapat cuti dan nak menghantar putera kesayangan ni ke kampung, makanya aku di sini hari ni..:)

Tiada apa yang menarik.. Sambutan tak macam Hari Raya Aidilfitri.. Tapi masak-masak tu tetap ada.. Untuk makan sendiri-sendiri. kalau ada orang datang beraya, hidang jelah apa yang ada.. Kalau takde orang datang, kita sendiri ajelah yang makan..:)

Menu pagi ni, nasi himpit, rendang ayam bonda dan kuih apam.. Walaupun sikit, tapi cukup mengenyangkan dan sangat sedap.. Thanks Ibu. Tak dapat nak tolong masak semalam..kami sampai lambat..Jem!



Dani dah biasa bangun pagi-pagi dan terus mandi. Dan dia jadi orang yang pertama siap di pagi hari raya. Dia ingat nak pergi umah Mama Ain kot..:) Lambat jugak dia tido malam tadi.. Kul 1 pagi. Dok tawaf satu umah..:)

Oklah, Selamat hari Raya Aidil Adha semua..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments: