Pasti Lelaki Ini MENYESAL Selamatkan Wanita Ini Daripada DIROGOL



Lelaki berpakaian hitam ditahan oleh pihak polis.

Pada 3 November yang lalu, ada satu kejadian jenayah 'rompak dan rogol' berlaku di negara China. Jenayah itu bagaimanapun berjaya digagalkan selepas pihak polis mendapat maklumat awal daripada seorang lelaki.

Kisahnya begini, pada petang Khamis 3 November yang lalu, seorang wanita yang berusia dua puluhan telah menunjukkan sebuah biliknya di daerah Tianhe, Guangzhou kepada seorang bakal penyewa lelaki. Apabila memasuki apartmen, lelaki itu telah menggunakan wayar telefon untuk mengikat tangan wanita itu ke belakang, dan mula mencederakan tangannya dengan pisau sambil memaksanya menyerahkan kata laluan akaun bank. Lelaki itu juga mengoyakkan kain skirt mangsa dan disumbat ke dalam mulutnya untuk menghalang wanita itu daripada menjerit.

Penyerang juga memaksa mangsa menanggalkan baju dan cuba untuk merogolnya.

Sekumpulan anggota polis kemudian bergegas ke apartment tersebut dan menyelamatkan wanita itu. Menurut laporan Nanfang Daily, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki dengan nama keluarga Huang, yang berada di bangunan apartment yang bersebelahan apartmen mangsa.

"Pintu rumah (wanita) itu biasanya terbuka, tetapi ia ditutup pada masa itu," Huang memberitahu polis. Huang tidak menghubungi pihak polis dengan serta-merta, tetapi meminta jiran yang tinggal di bangunan yang sama dengan mangsa untuk melaporkan kejadian itu.

Wanita ini diselamatkan polis.


Keadaan wanita selepas diselamatkan polis.


Tangan wanita yang dicederakan dirawat sebaik saja diselamatkan polis


Polis mendapati bahawa Huang sangat biasa dengan apartmen mangsa dan mula meraguinya kerana tidak terus menghubungi pihak polis dengan serta merta.

Lebih malang lagi, ada jiran yang mendakwa pernah melihat Huang mengendap mangsa ketika berada di bilik mandi. Malah wanita yang diselamatkan Huang itu juga memberitahu polis bahawa dia telah banyak kali merasakan seolah-olah seseorang sedang memerhatikannya. Bagaimanapun Huang menafikan tuduhan itu, dan mendakwa memberikan segala perincian berdasarkan pemerhatiannya ketika itu saja.

Kasihan Huang. Mesti beliau menyesal kerana membantu wanita itu. Niat hati untuk menyelamatkan wanita itu daripada menjadi mangsa 'rompak dan rogol', tetapi dia pula yang dituduh kerana mengendap. Malah, wanita itu turut mengiyakan tuduhan tersebut. Mungkin selepas ini tidak akan ada lagi laporan kepada pihak polis jika seseorang melihat kejadian jenayah yang berlaku di China. Mungkin anda semua masih ingat lagi kejadian seorang kanak-kanak di China yang dilanggar dan dibiarkan oleh orang ramai. Jadi anda sudah faham sekarang?.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

fatma syahidah said...

kesian HUANG tu kan...mmg sahla dia menyesal..tp takkan pompuan tu tak knal perompak yg dia bwk tu kan...knp plak dia nk tuduh huang?

Sidratul Muntaha said...

amoi tu trauma kot?
sbb tu dia pun main tuduh2 jugak..
serik rasanya nak percaya lelaki..
hihih/
akubtakleh nak kate ape dgn china skrg..
kadar jenayah sgt tinggi...
jepun pun sama..
harap2 korea tak kena tempias
payah klu negara2 asia ni asal maju jer
kadar moral dan jenayah tinggi
alah..
ckp negara org
negara aku?!
aceh kat kg aku pun dah dpt ic biru
pastu belum lagi indon nyer,kelingnya,nepal
bersepah2 kat sni..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...