Tuesday, October 25, 2011

Tq Darling!


Dinner at Labyrinth Cafe' Putrajaya..

Bersempena ngan birthdaymininya yang tersayang, Enady offer untuk belanja steamboat kat tempat makan baru ni. Saja nak try katanya. Aku tak kisah mana-mana pun. Orang dah offer, kita terima je kan..:)


Kalau makan ala carte atau masakan panas ok kot. Steamboat nya tak berapa kena ngan tekak aku ni.. Tekak ibu mengandung kan.. Sedap lagi kat Johnny kot..:) Tapi kalau korang nak try, boleh je.. Tengah harga promosi sekarang. RM15 je sekepala. Tapi dalam pamplet dia tulis RM20 sekepala..


Sambil makan sambil dengar bunyi air tasik menderu dari empangan tersebut. Nyaman je rasa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi..:)


View yang sangat cantik kalau malam.. Aku amik gambar pakai kamera biasa2 je, so kualiti gambar adalah tak menarik sangat. kalau tengok live memang cantik wa cakap lu..=p

Dah habis makan tu kan, Enady tengok aku tak berapa nak lalu makan, lepas tu dia tanya " Tak sedap ek ma? Tulah, pa rasa kat Johnny lagi sedap lah steamboat dia. Kalau nak makan goreng2 lepak2 boleh la kat sini kan ma?"

Seeee seeee, bukan aku yang cakap tak sedap kan..hahaha. Aku kalau orang belanja, takkan sekali-kali aku cakap tak sedap or whatever. Kalau orang tu yang cakap tak sedap baru lah aku cakap jugak..:)

Takpela, lagipun Enady kata yang dia nak try je..:)

Btw, thanks papa!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

atty's said...

murah..ye..cam nak terai je