Rezeki Dutch Lady

Dani dah tukar susu sejak bulan 6 hari tu rasanya. Dari Anmum kepada Dutch Lady. Saja try sebab nak pilih susu untuk tumbesaran pulak. Reason lain, sebab murah sikit dari Anmum. Anmum 650g saja sudah RM25.90. Susu Dutch Lady, 1 kg baru RM20.99. Sedia maklum, Dani sangat kuat minum susu. Alhamdulillah, Dani boleh terima susu Dutch Lady ni. Kalau jalan-jalan, then susu habis, singgah saja kedai beli air susu kotak Dutch Lady Full Cream tu. Takdelah dia menangis-nangis mencari susu..


Start bulan 8 hari tu pun rasanya ada promotion kat plastik bungkusan Dutch Lady tu. Gores dan menang. Tapi semua yang aku gores semua tak pernah kena. Satu malam, susu Dani habis dan Enady nak transfer susu yang baru dalam tupperware. Aku dah sedap tido. Sekali dia kejut pelan2 bagitau yang dia gores kat plastik tu dan dapat hadiah.

Aku yang mamai masa tu, sempatlah tanya, dapat Ipad tak? Haha... itu yang aku aim kan.

"Tak, dapat baby Einstein ni. Buku pendidikan..."

Dengar je buku pendidikan, terus aku tido balik. Haha! Dasar!

Esok paginya baru aku tengok balik hadiah tu..

Haiii, bertuah la tangan Enady. Sekali je gores terus dapat hadiah.

Lain-lain harinya pulak, tiap kali beli susu Dani, cadangnya aku nak suh dia goreskan lagi, sekali promotion tu dah habis... Susu Dutch Lady yang dijual dah takde pun sticker Gores dan Menang tu walaupun tarikh expired nya adalah 31 Oktober 2011. Penebusan hadiah pula, sampai 15 November 2011.


Plastik-plastik bungkusan yang tak dapat hadiah tu, sila jangan buang ek, kumpul sampai 5 plastik boleh tebus voucher RM5. Dengan syarat, jangan gores dua-dua. Gores satu saja. Tu bagi plastik yang ada sticker gores dam menang tu lah. Kalau yang takde sticker tu pun jangan buang sebab boleh redeem barang kat laman web Dutch Lady. Plastik yang 1 kg - 20 point. Kalau kumpul sampai 350 point, dapatlah voucher KFC RM30. Adala lagi barangan lain...

Dah alang-alang beli sebulan sampai 7-8 bungkus untuk stok susu Dani, kumpul ajelah plastik dia tu kan..untung-untung boleh redeem macam-macam..:)

Terima kasih Dutch Lady..





note: Suka tengok iklan Dutch Lady yang abang dia pujuk adik dia yang nangis2 tu dgn gantung gambar2 papa mama dia kan.. Dani bila dengar iklan tu je terus dia ajuk budak tu menangis.. Haha..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

4 comments:

Anonymous said...

ana boleh tebus untuk paket ducth lady 123 456 je ke?? Langkah 2 tak boleh ek?

Ayuraza said...

wahhh besnyer..tapi anmum pun ader benda redeem2 ni..latest..kalo redeem scoop dapat susu 500gm tapi dah hntar lama..haram nak dpt pown..hehe

pRincESs_N said...

Aryyan minum Anmum..dgr cite Anmum kumpul sudu ekk..

Liena Cayunk said...

nk tny la tuan tanah dh dpt ke adiah tu? coz ritu dh post dh tp mcm senyap sunyi je dr penganjur tu...

tebus coupon je pn ngan adiah einstain tu...ckp kat ank tu..kalu mu ader rezeki adiah tu smp la...idak anta bodo jela...just try luck kn.

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...