Thursday, October 13, 2011

perkembangan Dani : panjat memanjat

Dulu kerusi bulat tu jadi cover wayar2 kat bawah tu, sekarang no more..=p
Dia sudah mula panjat memanjat. Aku pun dah start jadi incredible hulk. Telinga berasap. Suara dah macam tarzan.. Huii anak.. menguji kesabaran betul. Kadang-kadang tak jadi nak marah sebab dah panjat lalu tersengih-sengih. Macam kerang busuk. Konon satu kejayaanlah tu bila dapat panjat kerusi bulat tu.

Ada juga cubaan untuk memanjat kerusi meja makan. Tetapi tak berjaya. Lalu mengamuk hentak2 kaki. Haha, mama ko gelakkan sajelah..=p

Semalam dia panjat rak tv tu. Dia campak turtle n pink hyppo tu ke bawah lalu dia panjat dan menjerit kesukaan sambil tepuk tangan..Haiii, urut dada mama ko Dani..pheww..

Belum lagi pandai melompat dari kerusi tu..adeiii..takpelah, dah nama pun anak lelaki. Perkataan lasak tu tak dapat nak pisah lah kan.. Kalau jatuh bangun sendiri. Bila sakit sangat baru dia nangis. Nangis sakit pastu peluk aku..haha..manja!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

iietamalek said...

baikbaik dani nanti jatuh tv tue..hehe..

salam perkenalan awak...

pRincESs_N said...

dani kan abang...hahahahaha