Somalia: Ini cerita lengkap tragedi 2 September ...Noramfaizul tak sepatutnya pergi.

[IMG]/images/stories/zul-makan513.jpg[/IMG]Asalnya Agendadaily hanya menelefon untuk dapat komen Datuk Azeez Abdul Rahim mengenai misi bantuan kemanusian di Somalia baru-baru ini. Tapi Ketua Kelab Putera 1Malaysia ini, macam biasa, “Kau datang pejabat, aku tunggu, banyak cerita,”katanya[B]. \[ gambar oleh Minaq Jinggo - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sedang berbuka puasa dalam pesawat TUDM dalam perjalanan ke Somalia][/B]
Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya di Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.

“Kalau tak boleh bagi manfaat, jangan bawa mudarat,” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.

“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.

Sebelum itu, kami berbual panjang, banyak rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.

Walaupun teruk kena 'bambu' dengan pembangkang, kata  Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.

[B]Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily :[/B]


[B]Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?[/B]

Ia bermula apabila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.

Sebelum itu kita sudah hantar pasukan peninjau ([I]recce team)[/I],  ke sana dan dapat semua maklumat, apabila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.

Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.

Apabila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah juga misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.

Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, hangpa kena sain [I]indemnity letter[/I] (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh [I]claim[/I] apa-apa…

[IMG]/images/stories/azeez1x.jpg[/IMG]


[B]Sain masa itu sebelum pergi?[/B]

Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana[I] last minute[/I], MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.

Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.

Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.

Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.

74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke [I]air port[/I], dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.

Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.

ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.

Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, [I]last[/I] sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik [I]commercial flight[/I] jadi semua 55 orang.

Tujuh orang itu pasukan peninjau, team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.

Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.

Jadi apabila kami sampai di [I]airport[/I], timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.

Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.

Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).

Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)

Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.

Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”

Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.

Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.

Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.

Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.

[IMG]/images/stories/azeez-bernama.jpg[/IMG]

[B]Azeez sedang tunjuk surat asal dari Bernama yang tidak senaraikan nama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ke Somalia

Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?[/B]

Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5.10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “[I]you[/I] tak payah pergilah, [I]you[/I] hantar budak [I]you[/I] pergi, [I]you[/I] duduk di kem, buat [I]story,[/I]”

Kemudian, arwah kata “Saya hendak [I]meeting[/I] dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar [I]story,[/I]”.

Bila arwah kata hendak balik hantar[I] story[/I], saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.

Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”

Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.

Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai sebab jarak saya dengan tempat kejadian hanya 200 meter.

Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”

Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan Doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.

Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.

Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, [I]he's going, he's going[/I],”,

Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tidak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).

PM tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata [I]you[/I] jangan [I]panic,[/I] tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.

Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia [I]call[/I], minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.

Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.

Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….

Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.

[IMG]/images/stories/som-lakar2.jpg[/IMG]


[B]Inilah lakaran kedudukan Allahyarham Noramfaizul dan wartawan Malaysia lain dalam jip Nissan waktu kejadian 2 September[/B]

[B]Datuk, sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?[/B]

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar [I]spare[/I], dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu [I]divert[/I], terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan [I]Reutres[/I] tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.

Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.

Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.

[B]Boleh Datuk jelaskan kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?[/B]

Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.

Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “[I]you[/I] tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, [I]you[/I] tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”

Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.

Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”

Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?

Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.

Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata [I]you[/I] datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.

Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi.

Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.

Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.

[B]Datuk boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?[/B]

African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.

Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.

Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.

Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.

Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita.

[B]Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk? [/B]
[B] [/B]
Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.

Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.

Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.

Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.

Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.

Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.

Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.

Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.

Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa besar.-5/9/2011- [B]EKSKLUSIF OLEH HELME HANAFI[/B]

Sumber : agendaDaily

2 comments:

wardah @ fie shah said...

bersungguh² Fie baca. Pakcik saudara hubby pun ikut misi ni dan apa yangd ia cerita tu sama lah dgn cerita ni. Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul dan takziah buat keluarga.

lyana said...

tulaa kalau dah ajal, kat mana pon akan sampai.. tak perlu tuding jari pd sesiapa.. Allah dah tetapkan ajal arwah di sana, dan mati dalam keadaan begitu.. Al fatihah ~

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...