Dan bikin aku menggigil. Bikin aku menangis-nangis..
Peristiwa itu berulang buat kali kedua...
Dani terkunci dalam kereta dengan enjin hidup dan air cond terbukak lebih setengah jam!
Mau tak aku meraung *takdelah meraung* berjurai-jurai air mata memikirkan keselamatan anak kat dalam tu. Si kecik tu tau apa, hanya tau sengih sengih dan sengih. Dia ingat mama dia ni main-main ke ketuk2 cermin ajar dia bukak lock pintu tu..
Salah aku sebenarnya..
Pintu kereta tu mmg autolock. kalau kunci tak ditarik, dan aku tutup pintu, makanya ianya akan terkunci dengan sendiri. Mula-mula dulu, husband buat autolock tu untuk security jugak. Kadang-kadang aku ni terlupa nak lock kete kalau pegi mana-mana. Tapi sekarang, aku rasa tak effective lagi lah. Hari tu first time kena masa kat Pahang. Mood raya lagi. Terus hilang mood nak pegi beraya. Tu salah husbandlah. Tak bawak kunci spare balik kampung sama. Nasib baik Dani tido masa tu. Pomen datang terus dia patahkan pemegang pintu kereta belakang yg mmg dah sedia patah aku yang buat.. Baru je repair ari tu, kenalah RM40.
Tadi jadi lagi. Elok aku parking depan umah BS Dani. Aku nak keluar kete dan nak amik Dani kat pintu belah passenger sana, entah kenapa aku boleh pulak terus tertutup pintu driver tu. Ape lagi, memang auto lock lah. Aduhaii..
Call husband tak angkat-angkat selama setengah jam lebih. Tau dia atas motor tapi tetap call jugak, kot-kotlah dia terdengar kan. Perjalanan dari Putrajaya ke Shah Alam naik motor lebih kurang 30 minit.
Sambil mencuba-cuba kunci lain, sambil tangan pegang hp, sambil panggil nama Dani suh bukak lock tu, ade la jiran BS Dani yang datang tolong. Mungkin dia dah ada pengalaman. Dia amik segala macam besi untuk cungkil bukakkan lock tu. Bila dah mencuba selama hampir 20 minit, En. jiran tu cakap, "Kak, anak akak dah nampak lain ni. Kalau jadi apa-apa saya kena pecahkan cermin ni."
Speechless!
Serius, memang aku nampak lain dah muka Dani. Dah tak sengih-sengih. Muka cuak dan mula nak start menangis. Lagilah aku berjurai-jurai air mata. Siapa tak sayang anak beb..
Lepas tu baru dapat cakap ngan husband bagitau segala lah. Dia terus merempit balik Putrajaya. Tak sampai 5 minit, pintu dah boleh bukak. Hasil pertolongan En.jiran tadi tu. Husband memang dah on the way. Nak call balik cakap takyah datang, dah terlambat. Maybe dia dah atas motor.
Bukak-bukak pintu terus aku peluk Dani, cium-cium dia. Peluk sekuat hati. Sejuk gile badan dia. Yang Dani terpinga-pinga, kenapa mama aku ni.
Berjuta-juta terima kasih aku ucapkan kat En.jiran tu kerana sanggup menolong aku. Harus ajak husband pegi jumpa ngan dia untuk ucapkan terima kasih sekali lagi..:)
Bersyukur sangat-sangat.
Pengajarannya, papa silalah cancelkan autolock tu ye. Anak nak masuk dua dah ni. Kita tak tau apa jadi lagi lepas ni. Sentiasalah kita beringat-ingat ye. Dan pagi-pagi mulai esok, aku takkan bukak air cond lagi. bukak tingkap je, at least bila autolock tu terjadi lagi, bolehla seluk tangan bukak pintu kan..
Cancel minum air gula pagi ni. Nurse cakap, walk in je esok..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
13 comments:
Wah sangat mencemaskan....syukur semuanya selamat :)
Ya Allah... nasib baik Dani tak ade ape2. Bahaya n leceh jugak autolock ni. Kak Ana, congrats on ur pregnancy. Dah berapa bulan?
betui tu ana..cancelkan je lah autolock tu...nasib dani takde apa
sangat berdebar baca entry ni ana...cuak sey..siap bayangkan nani kat tempat ana....
kalau Fie pun mesti panik. Alhamdulillah Dani takda pape.
bahaya jgk ekk autolock ni...
kesiannyer dani..
2 kali dah terkurung..
cancel kan jer la akak..
alhamdullilah..
ada anak kecik ni tak payah lah buat autolock kan..
kita ni kadang bukan sentiasa ingat
thank ana share experience ni
boleh kami2 yg lain jadikakn pengajaran
adoii nk menangis aku bc entry ni,
cpt g cancel autolock tu yer ana, bikin saspen sokmo -.-
Sangat2 disarankan tak guna function 'autolock' nie Ana byk buruk dr baiknya. Kecuali kunci spare kereta tue jadikan buah kalung rantai mana2 gie dibawa hehehe.. gurau2 jer Ana, jgn mare yer..
cuak cuak. ada satu kereta kita biasa pki pun auto lock jugak tp alhamdulillah so far mmg selalu ingat.
nasib baik dani tak pape.
uiks sangat cemas!
kansel la autolock tu nana riso jer akak baca crite kamu nie!
huhuuh kalau elly tak tau dah nak buat ape.. elly lagi la kadang2 masa amek isya..letak isya kat car seat..kunci kete letak atas dashboard dulu.. kadang2 hampir terlupa nak terus tutup pintu..kalau tutup tu abih la...pintu akan terkunci..isya kat dalam..tak bukak aircond mahupun tingkap..
bahaya gak kan benda canggih2 nie
Post a Comment