Pengalaman minum air gula
Pengalaman minum air gula buat kali kedua..:)
Pengalaman pertama, sila rujuk sini..
Aku dah lupa pengalaman minum air gula yang pertama dulu macam mana. Nasib baik ada tulis kat blog. Jadiknya godek2 lah balik. Haha, blog jadi rujukan sendiri. Baguslah kan..:)
Kali ni minum air gula sebab masa first pregnancy ada history. Bukan sebab berat ku naik mendadak. Sepatutnya hari Isnin lepas *12 Sept 2011, appointment minum air gula ni. Tapi disebabkan kejadian tu, aku terpaksa cancel. Call balik KK Presint 9, 03-8888 3057 sambungan kaunter 7 = 179, nurse cakap datang je esoknya, walk in.
Datang hari Selasa, pukul 7.45 pagi aku dah terpacak kat depan klinik. Amik nombor then buat urine, pastu tunggu kat makmal untuk amik darah. Lain sikit kali ni. Sebab dulu aku buat kat KK Dengkil. Masa tu kan duduk kat Desa Pinggiran Putra. Sekarang haruslah tukar ke KK Presint 9 sebab dah pindah sini..
Sampai turn amik darah, hehe, sapa yang follow blog aku dari dulu mesti tau, tang amik darah mesti fail. Salur darah aku kecik. So, lambatlah darah tu keluar. Bersabar jelah nurse tu..:) Oh ye, sebelum nak amik darah tu, kita kena puasa dari malam tu. Last makan minum pukul 10 malam ye.
Dah lepas amik darah, silalah minum air gula. Pengalaman baru lagi. Kali ni air gulanya ada dua flavor ok. Kelas kau jah! Satu perisa oren dan satu lagi blackcurrent. Aku pilih oren sebab surelah ada masam-masam sikit kan. Takdelah manis semanisnya macam dulu. Ok, sekarang korang bayangkan aku minum air gula tu macam aku minum pati oren ye. Bukan pati Oren Sunquick tu tau. Tu boleh tahan lagi kot sebab masammm. Ni tidak ye. Manis nya tetap teramat manis..Hehe..Boleh bancuh dua jug penuh air oren brand murah-murah tu..tiga jug pun mungkin..=p
Selesai minum, rehat 2 jam. Dan bermulalah aksi muka berkerut2 menahan pening dan muntah. Cepat-cepat aku jalan pergi kat kereta dan baring. Sempat jugak aku tido.
Habis 2 jam, tunggu turn untuk amik sample darah kali kedua. Masa ni masalah lagi. 4 jarum aku kena cucuk. Sebab darah tak keluar. Second jarum dah ok, darah keluar walaupun sikit-sikit. Tapi tang nak transfer kat tempat lain tu, darah aku membeku. Memang tak boleh dibuat ujikaji. Amik lagi kat tangan. Nan ado darah yang keluar. Last choice, nurse kata memang kena amik darah pakai ketip tu. Ala, yang macam kita buat Hb tu. Kalau ku tahu, pakai tu pun boleh, haha, memag dah lama aku pilih tu. kalau pakai tu kan terus dapat tau result.
7.3 mmol. Aku tak tahu lagi yang bacaan tu normal atau sebaliknya. Tapi rasa macam tinggi je. Haha. Tu yang terus tulis kat status FB, "macam tak ok je result darah ni." Sebabnya, masa aku nak bersalin dulu, nurse amik darah, tgk2 6.9 mmol, terus aku kena admit dan induce. Ni kan pulak 7.3 mmol kan..
Dah selesai bab tu, scan kad klinik. Tunggu lah turn untuk jumpa ngan nurse pulak. macam check up biasa tu. Sampai turn, timbang berat. Turun lagi sekilo. Alahaii..rasanya macam masa raya ari tu dah makan banyak dah. Kalau tak pregnant harus aku lompat2 kegirangan sebab 5 kg turun dalam masa 2 bulan. Dah boleh join Program Diet Ukhwah Blogger 100 Hari dah ni..Haha..
Lepas tu, check jantung baby. Alhamdulillah, kali ni nurse yang sama check masa check up yang lepas, dapatlah dengar jantung baby 2 kali masa nurse carik tu walaupun sayup-sayup je. Bila nurse carik lagi, tak jumpa dah. Hehe, anak mama ni dok syok golek-golek lagi ek.. Muat lagi dia nak tonggang terbalik.
Nurse cakap, perut awak ni tebal sangat. Sayup-sayup je dengar.
Aku jawab balik, lemak-lemak masa mengandungkan anak pertama ari tu tak hilang lagi.. =p
Nurse : Tulah, dekat sangat mengandung anak kedua ni. Anak pertama tu sian dia, kasih sayang tak habis lagi bagi kat dia, dah nak dapat adik lagi..
Aikkk, pulak dah..bukan ke elok gap 2 tahun.. Ni aku jawab dalam hati je. Aku senyum ajelah. Pastu jawab balik..
Insyallah, lepas bersalinkan no.2 ni saya nak berehat. Besarkan dua-dua anak ni dulu. Bukan apa, saya nak bagi anak yang pertama tu berkawan dan tahu sayang adik dan kawan-kawan. Tak nak manjakan sangat.
Nurse tu senyum jugak. Baguslah tu.. Puan takde makan perancang kan? Aku geleng kepala. Lepas bersalin nanti ni, puan kena amik perancang.. Aku angguk je.
Pendapat aku yang pasal nak bagi Dani adik sebab nak bagi dia berkawan tu hanya jawapan klise sahaja. Jawapan selamat orang kata. Bukan dituju pada mana-mana pihak. jangan salah faham tau. Sebenarnya memang aku nak anak dua pun.. Tak kisahlah lelaki ke perempuan..:)
Lepas tu aku kena jumpa doctor pulak untuk doctor review result darah aku. Resultnya sample darah pertama 4.89 mmol. Sample darah kedua 7.3 mmol. Doctor kata, Its normal. Alhamdulillah, leganya hati. Yeay! Tapi kena repeat lagi masa kandungan 7 bulan nanti. Ok ow..hehe, takpelah, lambat lagi. Aku tanya sebab apa, Doctor tanya, masa pregnant yang pertama dulu masa bulan berapa yang dapat detect awak kencing manis? Aku jawab, masa 7 bulan. Doctor : Ok, 7 bulan nanti kita repeat n tengok lagi.. Huhu.. baiklah..
Hampir pukul 12 tengahari setel semua tu. Badan aku dah menggigil-gigil lapar. Yelah, puasa dari jam 10 malam kan. Lebih 12 jam tu. Sampai kat cafe, rasa nak pitam. Gelap je rasa. Duduk kejap, makan jambu. Then baru beli yang lain-lain..
Sekian, cerita pengalaman minum air gula kali ni. Buat aku tersenyum lebar sebab takde apa-apa masalah. Just berat badan menurun tu je.. Nurse advice aku makan sikit-sikit dan kerap. Baiklah nurse! =p
Next check up on 11 October 2011. Tapi on 30 September ni ada scan appointment.
See ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
1 comment:
aduhh..air gula..N x minum aritu...hopefully x yah minum smpai bila2 laa..
Post a Comment