Thursday, September 15, 2011

Masalah babysitter melanda lagi T_T

Aku ada dua entry hutang ngan korang ni.

i) Bufday party Raisya
ii) Open house umah Dayu..

Tapi nak cerita dulu masalah aku sekarang ni..

Aku admit yang aku cukup senang dan selesa dengan babysitter Dani yang sekarang ni. Sangat selesa dan hati tenang je bila pagi-pagi hantar Dani kat umah dia. Namanya Ain. Umur pun muda lagi. Lebih-lebih kurang aku je. Tua sikit 2-3 tahun. Anak dah 3 orang dah.

Petang semalam, dia membawa khabar yang agak memeranjatkan aku. Husband dia kena transfer ke Terengganu hujung bulan ni. Wahhh, aku dah collapse. Haha, takdelah. Cuma terfikir, adeii masin jugak mulut aku ari tu masa tengah bersembang dengan Enady. Conversationnya lebih kurang macam ni :

Aku : Pa, camne ek? Nak terima ke tak tawaran Taska kat bawah opis ma tu?
Enady : Taska tu dah call ke?
Aku : Taska tu memang dah call dari dulu lagi. Nak masukkan Dani kat tempat kanak-kanak. Tapi ma cakap nanti dulu sebab Dani belum berjalan lagi. Hold sampai hujung tahun. Masalahnya nak dekat hujung tahun dah ni.
Enady : Takyahla ma, Dani dah ok kan dok ngan Ain. Tak nakla taska-taska ni. Takut kang jadi macam dulu lagi.
Aku : *diam je. Dalam hati, aku mengiyakan jugak. Takut perkara lama berulang kembali. Tapi dalam hati, teringin nak letak Dani kat taska tu sebab dekat ngan aku. Apa2 hal, aku turun je ke Tingkat 1.

Sekali, terjadi jugak benda yang paling merisaukan aku. Masalah babysitter melanda kembali. Aku call ibu, Ngadu-ngadu. Macam mana ni ibu..Ibu cakap, hantar lah balik kampung. Nanti buat teman Ibu tahun depan kot-kot Ika dah masuk sekolah asrama penuh. Huhu, aku dah tak tahan nak menanggung rindu ngan Dani.. Tambah-tambah Dani dah macam-macam akal panjang dia kan.. Last-last aku cakap, Ibu, tahun depan 3 bulan along duk ngan Ibu kan..hehe..

Pagi tadi masa nak hantar Dani kat BS dia, Ain cakap, hujung tahun baru pindah sebab nak habiskan sekolah anak-anak dulu. Maknanya husband dia pergi dulu dan dia stay sampai anak-anak habiskan sekolah tahun ni. Lega sikit hati ni dengar. Sempat lagi kalau aku nak mencari pengasuh Dani yang baru dan tapis-tapis..

Sampai ofis, lepas breakfast, aku pergi pulak Taska bawah opis ni. Nak tanya Q Dani yang ari tu masih on ke. Alhamdulillah, nama Dani masih dalam waiting list di tangga no.2. Insyallah, hujung tahun Dani boleh masuk kat Taska bawah opis ni. Terus booking untuk baby second ni nanti tahun depan. Tapi ini last choice la. Aku nak carik babysitter dulu. Risau sebab Dani belum boleh makan sendiri lagi. Jalan pun masih terkengkang-kengkang lagi. Berlari pun belum lagi. Kalau terlanggar aku pun dia boleh jatuh. Tolak pakai jari pun jatuh jugak. Haha..

Apa-apa pun, aku harap semuanya baik-baik untuk Dani.

7 comments:

Ann said...

ana
semoga semuanya baik2 aja utk dani ya
kami doakan yg terbaik buat ana sekeluarga

AnaLyana said...

tq Ann...aminn..

Emilia More said...

Hope everything's just okay. Love dani. hehe. :)

pRincESs_N said...

hopefully sume ok nti...

NM02 said...

singgah dari blog zana

ai dah follow

jom follow ai plak

maceh

^_^

ishiko said...

Dani.. comel namanya

aziyana said...

kalau pasla BS ni xsah kalau xpening..kite sbgai mak ni lg la..insyaAllah ok la dani nnt kt taska