Monday, September 19, 2011

Dos Terakhir = Dani 18 bulan

Pagi tadi bawak Dani check up 18 bulan kat KK Presint 9. Ditemani suami tercinta. *cewah..=p

Sangat-sangat mencabar bila bawak dia berjalan sekarang. Tak kiralah nak beraya ke, nak pergi klinik nak cucuk pun macam tau-tau je kan, mengamuk sakan. Tak tahulah apa yang tak kena. Aku agak dia mengantuk tapi rasa macam awal lagi dia nak tido. Selalu kalau pagi dalam kul 10 baru dia terkuyu-kuyu mata tu nahan ngantuk..

Sekali, aku try bagi makan roti. Haha, lapar rupanya... Kejamnya mama ko ni Dani, anak lapar pun tak gheti-gheti. Bukan apa, Dani ni masa makan dia tak menentu. Kadang aku suap dia sekian-sekian masanya, dia dok geleng-geleng kepala dan mulut muncung ke depan tanda dia tak nak makan. Bila bukan masanya tau pulak mintak nak itu ini. Tapi tadi, tak mintak pun..aku sua je, nak makan rupanya.


Lepas mengamuk. Lega dapat makan roti. Nasib baik ada kedai kecik kat situ..:)


Sengih melebo ko ek Dani. Siaplah kena cucuk lepas ni..=p

Result check up 18 bulan :

Berat : 12.3 kg. Ni baru berat dia yang tepat. Hari tu random je, tgk sekali imbas sebab dia mengamuk2 taknak berdiri kat weight scale tu.

Tinggi : 79 cm kot. Ni aku ukur sendiri pakai tape..:)

Cucuk untuk dos tambahan ape ntah aku tak ingat dah..Hehe.. 

Alhamdulillah, dia menangis sekejap je lepas kena cucuk tu. Tapi kudrat dia meronta..aduhaii, kalau mama dia ni, nasib baik papa dia ada tolong pegang tangan ngan kaki. Kalau aku sorang je yang bawak dia pegi klinik tadi, aku rasa entahlah jadi apa aku pun tak tau..Bukannya nak didukung ditimang-timang dah. Nak berjalan ke sana ke mari. Merasa jugakla jatuh gedebuk atas lantai klinik tu tadi sebab kasut licin dan dia berlari..Mama ko ni tebalkan muka ajelah..=p

Nurse bekalkan ubat demam sekali. Katanya, majoriti kanak-kanak akan demam bila dapat dos terakhir ni. So far, aku tak dapat lagi panggilan daripada BS Dani in case kalau Dani demam panas ke atau lain-lain. Aku dah tinggalkan ubat demam dan pesan kalau dah mula panas badannya, minta tolong Ain bagikan ubat demam. Kalaulah aku boleh cuti hari ni untuk pantau dia sendiri.....tapi tuntutan kerja membataskan aku. Mujur Ain secara sukarela yang nak jagakan Dani kalau dia demam. Thanks Ain!

Sedihnya Ain akan meninggalkan Dani nanti. Tinggal 2 bulan je masa mereka untuk bersama. Sapa nak jaga Dani lepas ni..wuwuwu..

5 comments:

antalya said...

dia cucuk kt tang mana yer ana?? peha ke lengan??

misha.w said...

yay! dani dah pakai balik sandel yg tertggl umah aunty tuh. hehe

Fadilah R. said...

wah sekejap je dani dah 18bln. imaan bulan depan. huhuhu.

AnaLyana said...

yun : dia cucuk kat peha Yun..:)

Sha : haha, dah pakai balik dah sebab kasut tu je yg agak besar sikit. yg lain udah kecik..tgu hujung bulanla nk shopping kasut dia..:)

Fad : tulah pasal Fad, mmg terasa kejap betul..:)

JIVEBUMZ said...

yeaaa dani semakin dewasa!