Monday, July 4, 2011

Cousin kahwin kat Seremban


Jadi, ke Seremban lah kami.....

First time pergi Seremban ni. Cousin aku kahwin ngan orang Seremban. Cousin aku tu lelaki. Teringat pulak satu adat ni, taktaulah sekarang masih digunapakai lagi ke tak? Sesiapa yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan, alamatnya duduk sanalah nanti..Maksudnya, kena tinggal di kampung isteri. Sebabnya, apa yang aku tahulah, anak perempuan Negeri Sembilan ni akan mewarisi harta peninggalan ibu bapa mereka. Kalau kita yang negeri lain selain negeri Sembilan ni, anak lelaki yang akan mewarisi dulu kan. Haaa, orang nogori ni lain..kalau salah betulkan ye..


Seremban kat Taman Paroi Jaya. Dekat je ngan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tu. Port untuk berkumpul adalah kat Masjid depan stadium tu. Carik pakai GPS Stadium Paroi tak jumpa pun, rupanya nama dia Stadium Tuanku Abdul Rahman..hehe. Ikut Papago, habis kami redah pekan Seremban. Lalu kat Wisma Negeri, teringat Kak Jemah ngan Laloque kita.. Lalu pulak Restoran Nasi Arab Damsyik. Lalu je, sebab aku bukanlah penggemar Nasi Arab. Lagipun nak pergi makan kenduri kan, takkan nak makan lagi kot..:)


Gambar anak jelah yang banyak diinterframekan..=p


Kepada Bob, Selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Maaflah, kenduri kat Bota aku tak dapat nak balik. Tu pasai la aku datang kenduri ko yang kat Seremban ni. Hehehe..ok Bob, Chow!

1 comment:

antalya said...

panten pompuan tuh mmg muka noghori abes lah. gebu2