Ya! Aku percaya dengan miracle itu..:)

 Hari Rabu, 22 Jun 2011, genap Dani berumur setahun 3 bulan 11 hari, beliau dengan sendirinya telah membuktikan bahawa "kalau budak tu dah sampai serunya untuk berjalan, memang dia akan berjalan".

Ya! Itulah yang aku alami. Sebelum tu, memang Dani adalah menunjukkan effort 4 hingga 5 langkah dia menapak then jatuh. Berulang kali. Namun, nak jalan yang sebetulnya aku tidak tahu..Redha sajalah bila ada cakap-cakap belakang yang cakap "lambatnya anak ko berjalan." Mula-mula memang stress, tapi lama-lama arghh, kalau dia nak berjalan nanti dia jalan lah kan..*ayat sedapkan hati sendiri..:)

gambar yang pertama aku ambil masa dia mula berjalan..:)
Hari Rabu tu, kan ke aku balik kampung ada emergency, ayah aku accident kan, pagi tu masa semua tengah sibuk berdiskuss pasal Ijai bertunang kat hall, tiba-tiba je Dani berjalan selangkah, dua langkah, tiga langkah dan seterusnya berlangkah-langkah tanpa henti selama beberapa minit. Jatuh je, pegang kerusi dan berjalan lagi! Aku hampir menitiskan air mata melihat keajaiban itu. Semua lihat dia berjalan. Papa dia. Nenek dia. Aki dia. Maksu tk dpt tengoklah sebab dia sekolah. Mak Uda + Nisa + Nasiha pun tengok. Yang mampu aku buat, mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas kurniaan ini. Akhirnya, anak aku dah pandai berjalan. Walaupun dia belum mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan, itu sahaja pun sudah cukup memadai bagiku dan Enady. Dan aku sangat gembira melihat dia yang bersungguh-sungguh, gigih, berusaha kuat untuk berjalan. Berlatih je setiap masa.. Dah penat dia akan berhenti dan mulalah ngamuk2 nak tido. Haha..tak larat nak pujuk.


Hari Khamis, 23 Jun 2011, Pak Ngah Dani aka Ijai balik kampung. Sampai-sampai je, dia pun terkejut + tersenyum lebar tengok Dani dah pandai jalan. Mak Yang dia balik malam Jumaat tu pun happy gilak jugak.. Melompat-lompat Mak Yang dia..:) Paksu dia balik malam Sabtu tu pun suka gile tgk anak sedaranya ni dah pandai jalan..:)


Yang kelakarnya Dani ni, dia suka expose bila ramai yang tepuk tangan kat dia.. Ramai yang entertain dia. Dia lagi seronokla nak tunjuk skill terbaru dia.. Hahaha..Semangat ko! Terus dia skip masa tido dia yang waktu pagi tu. Kul 1 petang baru dia tido..

Jom kita layan videoa dia berjalan..:)


Noted : Dani berjalan nak tunjuk kat Aki ngan Nenek ye..:) Mama ngan papa love you so much..


7 comments:

NURUL JAMIAN said...

yeahhh dani dah berjalan tahniah dani

pja said...

mikhail pn jln tetibe...time beli sandal br...pja letak dia kt bwh cz nk tutup pintu...dia trus jln ke arah tv...jauh tuuuu...time tu cm caya x caya je...pastu mlm tu p kenduri pn dia jln non stop....trus rs cm nk sujus syukur...hehehehehe

~ain said...

tahniah dani.. alaaa.. anak sedara saya, 1 tahun 7 bulan pun masih belum boleh jalan. tp merangkak sikit punya laju.. hehhehe

antalya said...

mya pon sama lah mcm dani. simpan skill berjalan tu kt KL.tiba2 blk kg dia tayang kt nenek aki n pakcik2 dia.bermakna sungguh rasanya

Zana Adieyza said...

good boy dani!! auntie zana terharu baca entry mama ni tau.. betapa bahagianya semua org bila dani dah tau jalan.. semoga dani terus membesar dgn sihat & bijak ye sayang..

Hanani said...

waa, tahniah dani dah pandai jalan..saje je nak show off kat sume org time balik kg yg dani dah blh jalan kan....terharu kan bila anak da pandai jalan..rasa semacam je...sampai camtu sekali perasaan bila dah jd mak ayah ni...

JIVEBUMZ said...

hepinya dani bila dah dapat kaki! hihi

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...