Wednesday, May 4, 2011

pulang ke Putrajaya

Salam semua,

Sekarang aku berada di dalam kereta sambil memangku Dani yang sedang lena diulit mimpi..:) dan papanya sedang memandu di sebelah. Barang sangat banyak di tempat duduk belakang. Tu yang tak boleh nak dok kat belakang.

Lokasi sekarang adalah di Karak Highway. Lagi sejam perjalanan akan sampai di Putrajaya. Itu kata PapaGo lah ye..=p Keadaan di highway adalah sangat lancar, takde sesak dah macam cuti hari tu kan..

Esok, start akan hantar Dani ke rumah Babysitternya yang baru. Harap-harap Dani akan ok di situ. Dani dah kenal orang sekarang ni. Kalau orang yang dia tak kenal dan jarang nampak, jangan harapla dia nak kat orang tu..Hehe, itulah yg terjadi masa sampai kat umah mertua ari tu. Dani menangais-nangis taknak kat atuk dan nenek dia. Makanya gilir-gilirlah aku ngan Enady makan ke, mandi ke.. Adoii. Last-last, hari ni barula dia dah ok ngan atuk dan nenek dia. Dah boleh dukung2, siap kalau nenek lalu je, Dani akan tegur dan buat geram. Hahaha, comel jek geram Dani tu.

Lama pulak Dani tdo ni. Dari bergerak pulang kul 9 tadi. Ngantuk sangatlah tu. Sekarang aku akui apa yg ibu cakap, cukup susah nak suh Dani tdo sekarang ni kecuali dia betul2 letih sebab berjaga.:)

ok, sekian dulu live from myC3 dalam kereta.. Nak teman Enady sembang jap. Kang dia ngantuk..:).. Babai korang. Jumpa esok kat opis k..

1 comment:

misha.w said...

yayy! Dani dah balik umah! :)