New gadget for Dani :)


Memang dah lama sangattt nak belikan dia stroller jenis yang macam ni. Bukan apa, senang nak bawak berjalan. No dukung-dukung dah ye Dani. Awak dah terasa semangatnya. Lenguh tangan mama ngan papa..:)

Last week aku balik kampung, aku pegi Giant Teluk Intan nun. Hajat di hati nak shopping barang-barang dapur ibu je. Sekali terpandang stroller ni..Terus jatuh cinta dah..Pastu satu je pulak tu tinggal..Berhabuk pun berhabukla.. boleh cuci kan.. Berkenan punya pasal..:)

Harga pun not badla.. Walaupun takde brand pun, tapi kalau hati dah suka, layan kan saja. Bila dah belek-belek, kondisi semua ok. Maka bayar saja. :) Tang nak bayar ni aku bengang sikit.

Dah sampai kat kaunter, boleh tak cashier tu cakap

Cashier : ni tak jualla..sebab takde bar code.
Aku : Aik, kalau tak jual kenapa display kat sana. Kalau tak nak jual simpan lah dalam stor.
(Cashier tu diam je)
Aku : Saya nak yang ni jugak. Carikla bar code kat belakang tu. Takde customer kan, apa salahnya pegi sekejap carik..
(Serius, akulah customer satu-satunya sedang bayar di kaunter. Aku pun tak percaya aku leh cakap macam tu kat Cashier Indian tu..Hahaha..berkenan punya pasal kat stroller tu kan..=p Tak baik aku cakap macam tu kan..Ish ish..)

Cashier tu tekan button Help kot. Pastu lampu nyala kat kaunter dia. Person in charge datang.

Cashier : Eh, awak pegi carik bar code ni.
(Pic tu dengan muka ketat nya bawakla stroller tu ke belakang. Dia ingat aku tak perasan ke, mulut dia terkumat kamit dan jalan pun macam hentak-hentak kaki)

Aku geram betul ngan minah PIC tu. Customer is right kan. Kalau customer lain dok berjela-jela kat belakang tengah Q, aku pahamla. Takkan la nak suh amikkan. Kang customer lain panas je. TAPI!!!! Macam yang aku cakap tadila.. Akulah satu-satunya customer yang sedang bayar di kaunter.

Akhirnya, minah PIC tadi datang balik. Muka memang tak senyum langsung la. Pastu, staff lain yang tolong aku amik kan stroller tadi yang datang muka senyummm.. Tengok dia senyum, automatik hati aku sejuk dah. Bila aku cakap terima kasih dik, Dia pun jawab lembut je. Yang Cashier Indian tadi tu, buat moka toya je..:)
Haha.. takpe, aku dah maafkan minah PIC tu. Ikutkan nak aje aku buat complaint kat manager dia. tapi sebab senyum lagi sorang staff tu, langsung tak jadi..:)

Bila fikir-fikir balik..Wahhhh, aku dah berani sound orang depan-depan..Ish ish ish.. tak baikla cam tu kan. Tapi kita pun ada hak juga..Sound orang bertempat..:)



Yang kaler biru ni, Dani tak berkenan..:) Aku pun tak berkenan. Tayar dia kecik je. Takut tak tahan lasak.. Dani pun ngamuk bila aku masukkan dia dalam stoller tu.."mama...tak suke tak suke.."=p



Ce kalau dok dalam stoller merah ni..Memang sengih memanjang...:) Mama tau, Dani suka yang ni kan..:)



mcm tangkap gambar sendiri pulak..=p

Petang Jumaat tu, ada pasar malam kat pekan Kg. Gajah. Apa lagi..aku rasmi kan la.. Mula-mula cam segan dan poyo pulak berstroller bagai ni kan. Pasar malam kecik je pun. Tapi aku pedulikan aje. Nasib baik aku ada nampak jugak orang lain pakai stroller jugak..:)


Bagi makan nugget, senyapla dia dok dalam tu..:)





Ok..sekian cerita dari kampung..:)

6 comments:

Seri said...

Mama dani kan die hard fan MU.. mesti la dani pun same.. merah! merah!. hehehe..

AnaLyana said...

hahaha.. i like your komen Seri!!! tak perasan pun...

Dayu said...

gmbr yg mcm dani amik gmbr sendiri tu comel.. comel sgt
dah lama tak jumpa dani
dani, balik cepat. mama nak buat makan2 tepi atsik untuk awak

aku pun merancang nak stroller kecik gini. usha dah kat toyrus
tapia syik tangguh je
sekali pegi habis dah... padan muka
hahahahah

Mummy `Aish said...

Sama ngan Mar..pun tak beli2 lg stroller..coz pernah letak si kecik tu dlm stroller kat Manjaku..dok melalak sakan..tp time tu umo 4 bulan..so skg da besar ckt mmg kene beli stroller la..da lenguh gler tgn ni..kalau kuar..mesti ade shift ngan hsbnd Mar..shift dukung 'Aish..hahaha

sharEna said...

sweet ahh stroller tue. cashier tu mmg patot di sound ok! malang Giant ada pekerja mcm tue. org nk beli brg, dia xnk layan. bengong!

dani looks so happy =)

AnaLyana said...

Mar : mmg patut beli mar. klu jalan2 mmg lenguh tangan.

Dayu : hahaha.. sebab tulah ana pejam mata je beli walaupun tgh bulan.. pnh jadi kes sama mcm dayu gak...

Ena : kan kan kan..berkenan sangat. Takpe, dah lpas. seb baik cashier tu tak tengking2..klu tengking hari tu, awaslah dia..hehe..

nanti kita meetkan naurah n dani k..mesti dani suka..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...