Satu hari lagi



Countdown Dani turns to 1 year!

Hai Dani, mama ko dah nak satu hari baru countdown. Ape daa..=p

Petang semalam, call ibu. Dani baru lepas mandi. Ibu cakap menangis-nangis dia taknak mandi. Tak suka air. Tapi kalau pool, dia teramatlah suka. Sampai dah kecut-kecut kaki tangan pun dia tak mahu naik. *Geleng kepala*. Aku perasan yang dia tak suka mandi sejak dia demam teruk nak tumbuh gigi dulu. *malas nak taruk link, korang carikla ek* Yela, orang kata demam, kita kena mandikan dia kan. Bagi panas dalam tu keluar. Aku tersilap perhitungan. Budak kecil, apa yang dia tahu kalau demam panas kena mandi. Apa lagi dia, tengah badan panas tu, aku pegi mandikan dia. Menjerit jerit la budak tu. Sampai sekarang agaknya fobia nak mandi dan masuk bilik air umah aku tu.

Oh ye, ibu cerita lagi, Dani dah ada perangai baru. Kalau dia dah tak nak tu, tak nak la. Kalau kita paksa, habis dipukul-pukul *eh pukul macam ganas sangat* ditepuk-tepuk aku rasa. Plus, geleng-geleng kepala. HAHAHAHA. Daniii.. pleaseee...don't do that to your granny...not good. Lagi satu maybe, dia marah sebab paksa-paksa dia..Amboi..kecil-kecil sudah pandai ye. Contohnya, kalau kita suap makan, dah habis separuh, lagi separuh nak suap, dia akan tutup rapat-rapat mulut dia. Kalau dipaksa jugak, dia akan nganga dan makan  bubur tu, pastu nganga balik then his tongue akan menolak bubur itu keluar. Wahhhh! Cerdik ko mengambil hati ye Dani.

Alamak! aku dah tercerita milestone when he turns to 1 year tomorrow. Halal lah ye. Esok aku buat entry lain.

That's all for this morning *apahal ko ni ana tetiba speaking London! =p

Tata..
Dani 7 bulan @ Melaka Wonderland

2 comments:

mamamarissa said...

happy 1st birthday in advance dani sayang...moga jadi anak yg baik...bila la dpt jumpa dani nie...muahssss

nanonano said...

hehe hepi becoming bday dani,
next year kite sambut ngn mika, alif ngn mya yek,
set awal2 ni,
xmo ade halangan lg :p

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...