Skip to main content

Demi kesihatanmu sayang!

last pic before aku tinggalkan dia
Sedih sungguh hati bila keputusan ini dibuat. Berat hati. Tapi terpaksa! Bukan sebab hati tak merelakan ibu dan ayah aku yang jaga. Tapi sebab kesihatan dia...Kesihatan dia sangat tak mengizinkan untuk terus tinggal bersama aku. Mama ngan papa dia. Di sini. Putrajaya. Tsk tsk tsk..(airmata terus bergenang saat aku menulis entry ini) arghhh! sangat murah ok airmataku..

 Hari Jumaat bersamaan 25hb Feb 2011 - Keluar dari hospital setelah 5 hari duduk kat wad.

Hari Sabtu keesokkan harinya, aku ada game Badminton. Disebabkan aku tengok kondisi Dani sangat memuaskan walaupun cirit biritnya masih ada, aku tinggalkan dia sekejap ngan papa dia. Kul 11 pagi aku pegi, kul 2 ptg aku balik. Balik tu suap dia makan nasi ngan kuah sup urat ketin tu..   ok je dia makan.. hampir semangkuk dia makan. Sedap kowt..:)

Dalam kul 7.15 malam tu, dani tengah main-main tiba-tiba dia terbaring secara meniarap tu la. Lama tengok aku. Pastu termuntah sikit. Elok je aku nak bawak dia g toilet cuci mulut ngan tangan dia, bluwekkk.. habis termuntah semua.. banyak. sekali ngan nasik petang tu pun habis terkeluar. Sampaila muntah hijau. Sian sangat. Aku pun dulu masa preggy, muntah hijau tulah muntah yang sangat menyakitkan!

Lepas tu, Dani still muntah-muntah. Means selang 2-3 jam, muntah lagi. Tu belum masa bagi makan ubat. Lagila dia muntah muntah muntah dan muntah..:( Makan memang dia langsung tak mau dah. Ubat lagila dia fobia! Trauma terus! Boleh tak, Dani nampak je aku pegang ubat ngan shrink tu, terus dia buat-buat muntah ok! Sangat notty ini budak tau! Macam mane mau kasik makan ubat! Sob sob sob.. dan macam mana mahu baik, sayang....owh! mama sedih dah..=p


lihatlah anakku, dah macam tinggal rangka dah. :( tapi tetap orang kate dia hensem =p lantas en. suami cuit lalu berkata, "tengokla papa dia.."
Petang ahad, tiba-tiba Dani cirit birit keluar sekali ngan darah kaler merah. tak banyak. se'coet' je. Tapi cukup merisaukan aku! Terus bungkus pampers yg ada darah dan najis tu. Siap-siap mahu berjumpa doctor. Aku pegi kat An-nur, presint 14 tu.

Doctor cakap, maybe ada bakteria dalam usus dia. Dan doctor suggest bagi Dani minum susu yang free lactose. Susu brand Similac LF. Terus aku beli sekali ngan ubat2 dia. Tu yang bil sampai RM97.90. =p Bagi dia minum susu tu, alhamdulillah Dani boleh minum dan cirit biritnye berkurangan.

Hari Isnin 28 Feb 2011 - aku dalam dilema mahu kerja atau tidak. Sebab Dani still weak lagi. Nampak sangat tidak bermaya. Main pun dah tak nak. Tengok tv pun takmau. Yang dia nak, berdukung saje. Cirit birit nye dah mkin berkurangan..Kalau camni gayanye, macam mane aku mahu bekerja. Dani letak kat Taska? owh tidakkkk....aku tak sanggup dia terbiar lemah tak bermaya. Petang tu jugak kami laki bini decide Dani akan dihantar di kampung. Papa dani letakkan syarat. kalau Dani hantar ke kampung, mama jangan nak rindu-rindu menghoyan ye. Sampai hati dia kate aku meghoyan..=p Eh jap, ibu mana yang sanggup yang berpisah ngan anak kan? mesti lah sedih kan nak berpisah ngan pengarang jantung hati tu kan? apela papa dani ni..:)

ah! rindu ngan eyes dia tu. Dia selalu pandang aku cam tu bila aku marah-marah sayang kalau dia nakal punggah sana punggah sini.. tsk tsk tsk.

dan juga bibirnya! Dia akan ketap bibir kalau ade orang yang dia tak kenal tegur-tegur dia. Anak bujang aku ni pemalu.. Suka lentok-lentok kat bahu. tak caya tanya Elly, kan elly kan..:)

Dani dan neneknya. ibu akulah tu. Muda kan.. ibu aku dah kurus tau! Ibu, apa rahsia? takmo sharing sharing ngan along kewww? =p

Dan saat mahu meninggalkan dia... aku menangis.. tapi dalam hati. Takut untuk menerima kutukan pedas dari suami..=p


*******************
Muhammad Dani Emir sayang mama ngan papa ni,

Duduk baik-baik ye ngan nenek dan aki. Mama ngan papa jauh ni. Jangan susahkan nenek ngan aki ye. Dani budak bijak kan. Jangan nangis-nangis ingat mama papa ye. Mama ngan papa carik duit banyak-banyak untuk kita. Semoga Dani sihat-sihat. Nanti dah sihat, mama ngan papa amik Dani balik duduk rumah kita ye. dani mesti rindu kat lif umah kita tu kan. Selalu teruja bila pintu lif terbukak dan terkatup kan. Playground kat bawah umah kita tu, nanti mama ngan papa bawak Dani main - main kat situ.

Dani teman kan nenek ye. Aki pegi keje. Maksu pegi sekolah. Nenek dah tak cakap ngan kucing lagi..hehe.. sebab Dani dah ada untuk nenek ajak bersembang. Mama siap terbayang-bayang lagi kalau Dani dah pandai cakap, Dani bersembang ngan nenek. Mesti nenek penat nak layan. :) Dani pun mesti cakap bahasa German ke Itali ntah..:)

Nanti Maksu dah balik sekolah ngan tuition, Maksu main ngan Dani k. Mama dah pesan kat Maksu, suh main n jaga Dani. Maksu lagi sukala dia.. Dapat main ngan Dani. Main elok-elok ye nak..

Aki pun akan main ngan Dani bila Aki balik keje nanti. Suke la Aki tu. Hehe. Yelah, mase Dani sakit yang dok kat hospital tu kan, nenekla cerita, Aki cakap, kalau Aki tau umah mama ngan papa, mesti Aki dah sampai jenguk cucu dia. Mama yang dengar ni terharu tau sayang. Aki sangat sayangkan cucunya. Hampir menitis airmata mase nenek cakap ngan mama dalam talipon hari tu. Nenek cerita lagi, Aki pun nak menangis tengok gambar-gambar Dani kat hospital kena cucuk sana sini yang mama post kat Facebook. Lagila mama nak nangis.

Dahla Dani, lagi mama tulis, lagila berjurai-jurai airmata mama keluar.

Semoga Dani cepat sihat ye sayang. Semua sayang Dani. Semua menangis bila Dani sakit. Mama, papa, nenek ngan aki, nenek pahang ngan atuk, pakngah, pakcik anep, makyang, maksu, auntie Fyqa, kawan-kawan mama, kawan-kawan Dani semua doakan Dani semoga cepat sembuh dan ceria kembali. Ingat ye pesan mama, jangan nakal-nakal dan susahkan nenek ngan aki ye.

*aku tulis kat Dani macamla Dani baca aku punye entry ni..sob sob sob..


nampakkan kasih sayang ibu kat cucu dia, Dani. Love u ibu.

dia hulur tangan tu sebab nak ikut aku naik kete.. uwa dani, mama rindu..

babai Dani. Duk baik-baik ye ngan nenek dan aki.
kepada ayah dan ibu ku yang sangat kusayangi,

Terima kasih kerana sudi bersusah payah untuk menjaga Dani. Along harap kehadiran Dani tidak akan menyusahkan ibu dan ayah. Tak terbalas semua jasa-jasa ibu dan ayah. Insyallah, Along akan buat yang terbaik untuk ibu dan ayah.. Love u ibu ayah..:)

Sekian, cerita hari ini. Mood : Melayang-layang. Sedih!
15 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…