Pizza lagi yuk

Enady belanja makan pizza sebab dia dapat voucher pizza hut rm10. yang balance tu tambah sendiri la..:)

Aku order pizza yang baru tu. Tak ingat apa nama dia. Ring Ring tu la..=p pastu aku order creamy carbonara untuk Dani makan. Sebelum ni, kalau pegi makan pizza, kitorang order untuk makan 2 orang je. Tapi sekarang tidak lagi. Kena order jugak untuk si kecik ni. Dan pada hari aku sangat excited untuk lihat sama ada dia makan atau tak..

Dan plan aku berjaya.. Ternyata Dani sangat menggemari carbonara itu. Dan yang lawaknye, spaghetti yang aku suap tu dia siap sedut-sedut lagi. Wah! Sudah pandai sedut ye kamu Dani..

Dah kenyang makan spaghetti tu, hauslah pulak. Papa...nak syusyu (susu)... Pas Dani kat enady pulak dan aku bolehlah makan sepuasnya..:)

noted : tapi kan, malam lepas makan pizza tu, Dani batuk teruk. Terus dia muntahkan balik apa yang dia makan petang tu..:(

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP