Caye dah 11 bulan, mama..



Hehe.. aku selalu bayangkan yang Dani akan cakap macam tajuk kat atas tu..=p Berangan je mama dani ni..:)

ok guys, anak bujang trang tang tang aku ni dah genap 11 bulan hari ni. Kusss semangat..cepatnye masa berlalu. Bulan depan dah setahun. Teringat-ingat lagi malam yang aku have to admited tu. Sempat lagi makan sup ekor petang tu..haha. Sweet memories.

Di umur Dani 11 bulan ni, dia dah pandai :

1) huh! pantang tengok aku bergerak sikit, mesti menangis-nangis mintak dukung. Padahal aku duk dalam bilik tu je pun..haishhh..dani dani..

2) aku sangat suka yang ni. Whats the miracle word that mothers want to hear?? Hihihi.. Dani dah pandai sebut mama ok..pheww..papa jangan jeles! Masalahnye, bila ngan papa pun dia
panggil mama jugak..hai la.. takpe.. lama2 nanti dia pandai la bezakan mama ngan papa..:)

3) Kuat sangat menyusu. Exspecially malam. Kalau kuat menyusu, shi shi pun kuat la.. satu malam konfem kena tukar 3-4 kali pampers.

4) Dah start tatih tatih dah. Suka la tu. Tapi aku la yang patah pinggang rasanye. Bongkok-bongkok.

Ini je yang aku ingat. Nanti update lain. Ni update laju-laju ni. Nak balik dah..hehe..

habit baru : kalau minum susu, suka nau pegang2 rambut..=p

mata dah kuyu..:)

mama, no camera plis..=p

caye nak tdo ni. jangan kacau.

tewas akhirnya..:) Love u Dani..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
6 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP